Berkelah Sambil Sambut Hari Lahir
Assalamualaikum..
Kejadian ni dah lama berlaku sebenarnya. Kalau tak silap bulan September lepas. Oleh kerana Cik empunya blog ni buat-buat sibuk maka hari ni baru sempat publish kisah ini. Haha. Kek yang dalam kotak kat atas tu dah lama hadam dalam perut. Tapi kisah ini tak hadam selagi Cik blog tak publish kan kepada umum.
Cadangan untuk berkelah ditepi pantai ni diajukan spontan kepada ahli keluarga lain. Masa tu dah pukul 9 pagi kot. Mula tu Cik Nor tak berapa setuju tapi kakak sulung kata dia dah siap masak sikit-sikit dan Cik Nor cuma tambah apa yang perlu jer. Cik Nor pun on jer la. Dalam kalut-kalut tu sempat Cik Nor masak speghetti dengan sos bolognese. Selain tu Cik Nor jugak masak acar masak timun batang sebagai tambahan kepada lauk-lauk yang kakak Cik Nor dah masak.
Cik Nor bertolak ke Pantai Dalam Rhu, Tok Bali lebih kurang pukul 12 tengahari macam tu la. Dalam perjalanan tu sempat singgah solat Zohor kat masjid mana ntah kat Pasir Puteh. Lebih Kurang pukul 2 lebih kami sampai kat pantai. Apa lagi, cepat-cepat cari port yang baik nak buka bekalan. Mana tidaknya masing-masing dah kelaparan sebab dah lewat tapi masih tak makan tengahari.
Dalam perjalanan ke pantai sempat Cik Nor singgah di bandar Machang untuk membeli kek hari jadi untuk kakak no. 2. Kami bukan takat berkelah tapi sempat la sambut harijadi untuk kakak no. 2. Cik Nor pulak dah siap makan terus on laptop sebab kena siapkan deraf kerja yang kena reject oleh PR. Kerja meng'edit' nya sekejap jer sebenarnya tapi nak menghantarnya kemain lama sebab line internet tersangat slow kat pantai.
Antara juadah yang kami bawa tempoh hari ialah nasi putih, telur dadar, acar masak timun batang, acar pisang benggala, ikan masin goreng, kari daging, sambal tempoyak dan lain-lain lagi sebab Cik Nor dah lupa. haha. Gambar makanan-makanan tersebut yang ditanya sebab masing-masing dah lapar tak sempat nak ambik gambar.haha. Cik Nor pulak sibuk nak editkan deraf kerja.
Selepas siap kerja Cik Nor, baru lah sempat buat aktiviti bergambar.haha. Masa ni dah nak balik dan tengah tunggu anak buah tukar baju sebab diorang mandi. Cik Nor tak sempat la nak mandi sebab kejap jer pergi. Kalau nak mandi Cik Nor kena bermalam kat sana, baru best. Kalau ada chalet sekitar Tok Bali atau Pantai Melawi yang nak taja penginapan Cik Nor lagi syok kot. haha. Berangan tak salah, tak kena bayar pun kan? Mana tahu angan-angan boleh jadi kenyataan. hehe.
Sebenarnya ada kot gambar lain dalam telefon kakak sulung Cik Nor tapi malas nak suruh dia sharing. Maka guna jer lah gambar yang ada dalam telefon Cik Nor jer. hehe. Sebelum ni Cik Nor pernah juga Berkelah Sempena Cuti Deepavali kat Tok Bali jugak.
bestnya boleh picnic dengan family. lama dah tak merasa gitu
ReplyDeleteamboi..komited sungguh..sambil picnic siapkan deraf artikel..ambil mood sungguh di tepi pantai..hehe
ReplyDeleteWahh siap menulis blog dekat pantai dengan angin bertiup sempoi
ReplyDeleteTeringin jugak nak menulis blog kat tepi pantai, tapi ber huhuhu la... anyway, TAHNIAH diucapkan kerana awak menjadi Top Commentator dalam jurnal saya..
ReplyDeletehttps://www.shikinrazali.com/2019/10/top-commentator-bulan-oktober-2019.html
dah lama tak picnic tepi pantai, bakar bakar ayam ke..
ReplyDeleteSyok berkelah tepi pantai dengan family. Happy birthday untuk kakak Cik Nor
ReplyDeleteSeronoknya Cik Nor.. family time dgn adik beradik.. siap bawa laptop tu buat kerja..hehe
ReplyDeletebestnya... sambutan sambil berkelah..
ReplyDeletehappy belated birthday..
Deleteni yg rs nk g berkelah jg niiii happy belated birthday utk akk cik nor
ReplyDelete