Breaking News

Bila Ko Ingat Semua Tempat Sama


Assalamualaikum..

Bila baca tajuk mesti korang terfikir apa la yang Cik Nor yang akan bebelkan dalm entry ni kan? Tak payah teka la, baca jer terus. Tak memeningkan kepala korang dah. Haha. Cik Nor ni jenis tak suka memeningkan kepala korang tau. Baik tak Cik Nor  ni..hihi

Ceritanya ni berlaku 2 3 hari sebelum tarikh lahir Cik Nor. Biasalah orang kekedut ni renew lesen setahun sekali jer. Orang lain terus buat untuk banyak tahun terus. Oleh kerana Cik Nor dah tak kerja kat Kota Bharu dah sekarang, maka Cik Nor kna renew lesen kat JPJ Machang jer la. Biasa kalau kat JPJ Panji Cik Nor g awal sebab nak masuk kerja pulak lepas tu. Maka dalam 20 minit macam tu lesen dah siap. Oleh kerana Cik Nor dah goyang kaki kat rumah jer sekarang, maka agak lewat jugak la keluar dari rumah. Dekat  pukul 10 pagi rasanya sampai kat JPJ. Tengok orang macam tak ramai. Sekali tengok nombor giliran. Hambik ko.

Ada dekat satu jam lebih jugaklah menanti untuk sampai ke nombor giliran Cik Nor (gambar kat atas). Lambat bukan sebab orang ramai tapi sebab kaunter buka 1 jer. Cik Nor kira ada 8 kaunter semuanya tapi yang berfungsi cuma 1 jer.  Lepas 1/2jam menanti baru la buka 1 kaunter lagi, tu pun slow jugak. Bertambah la Cik Nor nak menunggu ke nombor giliran Cik Nor. Tapi yang peliknya kenapa letak banyak kaunter kalau yang berfungsinya cuma satu. 

Sepatutnya kaunter paling kurang kena berfungsi 3 mengikut keranaian pengguna yang ada. Bila 1 jer yang berfungsi ramai yang blah macam tu jer sebab tak sanggup nak tunggu lama.Kepada mana-mana jabatan tak kiralah kerajaan ataupun swasta mohon peka keadaan semasa dan jangan biarkan pengguna menunggu dalam jangka masa yang agak lama.

9 comments:

  1. Kaunter ada banyak, tapi berfungsi satu je. Aduhaii sabar jela cik nor

    ReplyDelete
  2. itu bukan masalah sistem, tapi staf tak cukup, kenapa tak diambil bekerja.

    ReplyDelete
  3. huhu..positif je la cik nor..x cukup staff masa tu agaknya..tue yang kaunter bukak 1 je..ni la sebab ramai orang malas nak pi berurusan ngan pejabat kerajaan yang buat service cam ni..melainkan terpaksa sgt, baru pi jugak...

    ReplyDelete
  4. Kalau akak pun confirm macam Cik Nor rasa bengang kan..

    ReplyDelete
  5. Stress jg klu jadi mcm ni Cik Nor.. agak
    Membuang masa nak menunggu tu..huhu

    ReplyDelete
  6. ramai dah yang mengadu hal ni cik nor... pergi mana2 pun sama je... ada juga yg pelik. org tak ramai tp kaunter semua buka ishhh

    ReplyDelete
  7. mmg rasa sakit hati ahh kalau gitu...

    ReplyDelete
  8. Huhuhu...kalau akak dpt nombor gitu, mungkin awal2 dah give up. Akak renew di pejabat pos dkt area ofis - sekejap ja dah siap.

    ReplyDelete