Breaking News

Masak Lemak Telur Itik

sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Semalam Cik Nor masak  Lemak Telur Itik. Dah lama tak masak telur itik ini, bukan apa telur itik ni susah nak dapat sekarang. Kalau jumpa pun yang dah jadi telur masin..hehe. Oleh kerana Cik Nor terlebih rajin makan Cik Nor kongsikan resepi campak-campak Cik Nor yang tak seberapa ini. Hehe.Kalau korang tak suka lemak boleh cuba Resepi Ikan Singgang ni. Mudah, cepat dan menyihatkan.

Moh la kita tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

Resepi Masak Lemak Telur Itik

Bahan-bahannya :

1. 5-6 biji telur itik
2. Cili padi (ikut tahap kepedasan yang korang inginkan)
3. 1 inci kunyit hidup (kalau tak ada kunyit hidup kunyit serbuk pun boleh guna)
4. 2 keping asam keping
5. 3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih
6. 1 inci lengkuas
7. Lada besar sebagai hiasan(nak letak daun kunyit pun boleh jugak)
8. Garam dan perisa secukup rasa
9. Santan (diambil dari sebiji kelapa/guna santan kotak pun boleh)

Cara membuatnya :

1. Rebuskan terlebih dahulu telur itik tersebut. Kalau korang nak pecahkan terus dalam kuah pun tak ada masalah. Cik Nor jenis tak reti nak pecahkan dalam kuah takut hancur. hehe. Dah masak telur yang direbus, kupas dan ketepikan dahulu.

2. Blend bawang puti, bawang merah, kunyit, dan lengkuas. Masuk kan ke dalam santan yang diambil dari sebiji kelapa. Kalau seketika dan masukan garam dan perisa secukup rasa. Jangan dilupa masukkan asam keping. 

3. Bila semuanya dah sebati baru boleh masukan telur. Biar ia mendidih, baru masukkan lada besar ataupun daun kunyit. Dah siap boleh dihidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba..:)

14 comments:

  1. feveret ni..lepas makan abis kuning tepi-tepi kuku..hihi.

    ReplyDelete
  2. sedap masak lemak telur itik makan tambah nasi x kabar gapo hok xlalu jadi lalu ni

    ReplyDelete
  3. Sedap masak lemak telur itik ni. Masak pedas² boleh buat bertambah nasi :)

    ReplyDelete
  4. kita suka tapi nak masak, husband tak makan masak2 lemak ni..

    ReplyDelete
  5. sedapnye...btul tu....kt tmpt rietta pun susah nak dpt telur itik...telur masin ada la...kdg kdg order dr kwn kt melaka untuk belikan telur itik...

    PS: xtahu kenapa xkuar nama rietta

    ReplyDelete
  6. sy penah rs sekali je lauk ni.tu pun sbb terjumpa dlm bufet ramadan hehehe

    ReplyDelete
  7. aip aip.. sedapnya tengokk.. lapar pulak malam2 ni singgah sini

    ReplyDelete
  8. Dah lama saya nak rasa itik salai masak lomak cili api...

    ReplyDelete