Breaking News

Resepi Puding Oreo Versi Cik Nor


Assalamualaikum.

Agak lama jugak Cik Nor tak kongsi resepi versi Cik Nor..hehe. Kalau korang baca ada versi Cik Nor tu bermakna resepi tu main campak-campak asal ada rasa.haha. Korang mampu kongsi resepi macam tu dengan pembaca korang? Mesti tak la kan?hihi. Cik Nor jer yang berani bagi kat korang.

Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Puding Oreo Versi Cik Nor

Resepi Puding Oreo

Bahan-bahan :

1. Agar-agar (jenis serbuk/tali)
2. 1 tin susu cair
3. 1 tin susu pekat
4. Biskut Oreo 2 paket besar (Cik Nor guna cream o jer..hehe)
5. 6 gelas air (mengikut jenis agar-agar yang korang guna)
6. Garam dan gula secukup rasa
7. Daun pandan

Cara membuatnya :

1. Masuk air dan agar-agar ke dalam periuk, biarkan ia mendidih dan hancur.
2. Apabila agar-agar telah hancur boleh la dimasukan susu cair dan susu pekat. Daun pandan jaangan dilupa. Kacau sebati.
3. Cuba rasa, sekiranya kurang manis korang bolehlah tambah sedikit gula dan kalau kurang lemak tambahkan sedikit garam.
5. Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 untuk base (plain) dan 1 lagi (hancurkan oreo). Kalau korang rasa susah nak buat 2 bahagian korang boleh buat macam Cik Nor. Hancur oreo dalam semua adunan dan letak yang separa hancur sebagai hiasan.
6. Biarkan ia sejuk dan bolehlah dimasukan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba

16 comments:

  1. Nampak mudah resepi CikNor ni... Nanti kalau nak buat boleh rujuk semula..TQ

    ReplyDelete
  2. Wow lazatnya.. boleh Cuba lah nanti

    ReplyDelete
  3. mudah je sukatan puding oreo ni yea. Dah terasa sejuk tekak masuk puding ni

    ReplyDelete
  4. aduii..sedap nya cik Nor.. kesukaan abg Pae ni..:)

    ReplyDelete
  5. sedap nie.. tak pernah jumpa lg puding oreo..

    ReplyDelete
  6. alahai..petang2 ni rasa mcm nak makan jer puding oreo ni..

    ReplyDelete
  7. saja je tau..tau je kita ni peminat oreo..saja la tu pengaruh suh buat tu..hehe..nnti kalau free2, sis cuba yeak..

    ReplyDelete
  8. Excellent post. Search Twitter to find the latest news and world events faster. Find popular accounts to follow, like and share Twitter search.

    ReplyDelete
  9. ammi tak pernah lagi buat puding guna oreo..masa nak potong tu tak pecah2 ke cik nor?

    ReplyDelete
  10. selalu makan biskut oreo je.hehe...tak terpikir nak buat puding. boleh la cuba nanti.

    ReplyDelete
  11. nak sikit boleh tak? sbb nk buat malas hehehehe

    ReplyDelete
  12. Wow..wow..resepi senang nak buat ni tapi takde oreo pulak. Ganti biskut cekelat takleh ke ciknor?

    ReplyDelete