Breaking News

ANHSHOP2U - Perkhidmatan Percetakan Pilihan Ramai


Assalamualaikum..

Korang ada merancang untuk tempah sesuatu yang menarik tak untuk event seperti majlis korporat, persendirian ataupun majlis-majlis rasmi tempat korang kerja. Masih survey dimana tempat yang sesuai untuk menempahnya? Jangan risau ANHSHOP2U boleh membantu korang. Korang cakap jer nak cetak apa, ANHSHOP2U sedia membantu memenuhi permintaan korang tu. Sebelum Cik Nor bercerita lanjut tentang ANHSHOP2U ini jom Cik Nor ceritakan serba ringkas tentang ANHSHOP2U ini.

ANH Smart Venture adalah sebuah syarikat yang khusus dalam pelbagai jenis barangan termasuk T-shirt, Tracksuit, Pakaian Seragam, Baju Korporat, Tuala, Payung, Topi, Cawan, Pewter, Diari, Kalendar, Bag Seminar, Jam dan lain-lain lagi. ANH juga menyediakan perkhidmatan percetakan seperti 'Silk Screen, 'Heat press, HD Print,'Direct to Garment'. ANH juga komited dengn kerja-kerja yang berkualiti untuk pelanggan mereka. Dengan misi mejadi kedai cenderahati terbaik. ANH sentiasa mengikuti perkembangan dengan setiap permintaan pelanggan dan menyerahkan produk tepat mengikut perjanjian. ANH juga menawarkan perkhidmatan sulaman bagi memenuhi permintaan pelanggan. 

Antara produk yang dihasilkan dan yang menjadi permintaan pelanggan.  

UV Inkjet Printing

Silk Screen

Pad Printing

Heat Press

Engrave

Embroidery

Digital Heart Transfer

Ini di antara cenderahati yang selalu ditempah oleh pelanggan-pelanggan ANHSHOP2U. Tidak hairan kalau ANHSHOP2U ni selalu menjadi pilihan bila ingin menempah sesuai yang boleh dijadikan kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan.


Antara perkhidmatan lain yang disediakan selain dari menyediakan tempahan cenderahati pelanggan, mereka juga menyediakan perkhidmatan menyalin, mereka bentuk, percetakan, salinan digital. Wah, senang la kan, selain dari dapat menempah cenderahati kita dapat menggunakan perkhimatan lain seperti menyalin atau percetakan. Banyak perkhidmatan dalam satu tempat. Kalau berdekatan dengan tempat Cik Nor memang ini lah tempat yang selalu Cik Nor tuju untuk menyalin atau membuat percetakan.

Cara Membuat Tempahan


Cara nak tempat produk kat ANH2U ni mudah sangat tau. Ini Contoh yang Cik Nor tempah tempoh hari. Cik Nor ni sejenis manusia yang suka tempah mug yang ada muka sendiri. haha. Pelik kan? Tapi kat sini korang boleh tempah seramik mug kesukaan korang dengan pelbagai pilihan coating. Korang pilih mana yang berkenan. Kalau Cik Nor pilih heat press untuk front side dan DTG print untuk backside.



Taraa..ini yang Cik Nor dah siap design sendiri. Kalau korang malas nak design sendiri korang boleh pilih jer design yang pihak ANH2U sediakan. Cik Nor design sendiri sebab Cik Nor nak letak muka sendiri kat mug tu.hehe.  Clearkan muka Cik Nor bila letak kat mug tu. Tetiba rasa bangga bila ada mug yang bermuka sendiri.hihi. Kalau korang jenis yang berseni banyak lagi yang korang boleh tambah contohnya tulisan atau pun designikirkan  kreatif yang korang sesuai. Cik Nor jenis yang simple maka terciptalah mug yang simple macam kat atas tu.



Dah puashati dengan design korang boleh proceed untuk di masukan dalam cart kalau korang nak tambah produk lain lagi. Kalau dah tak ada tambahan boleh lah terus untuk pembayaran.Mudah kan nak buat tempahan kat ANHSHOP2U. Kalau tak percaya korang boleh cuba sendiri.


Untuk pembayaran pula ada 3 cara. Kalau kita kat Malaysia ni boleh guna direct bank transfer. Alah macam korang shopping online tu jer la. hehe. Manakala bagi yang luar negara atau korang yang ada akaun paypal boleh buat bayaran mengunakan paypal ataupun MolPay Malaysia Online Payment. Opps..sebelum buat bayaran jaangan lupa isi maklumat korang untuk mereka hantar barang yang ditempah. Isi betul-betul tau, silap alamat tak sampai barang korang..hehe. Nak mudah lagi korang daftar jer sebagai member. Nanti nak tempah semula tak perlu lagi nak isi detail cuma proceed untuk bayaran sahaja. Kemudian tunggu barang sampai depan muka pintu rumah korang jer. Semudah ABC jer kan?hehe

Tentang harga korang jangan risau kerana harga yang ditawarkan mampu dibayar oleh korang. Dah la perkhimatan tip top, harga pulak mampu bayar. Siapa tak nak oii. Rugi la korang kalau tak guna perkhidmatan yang ditawarkan oleh ANHSHOP2U ni. Baloi memang berbaloi.

Macam mana korang? Tak teringin ke nak guna perkhimatan dari ANHSHOP2U ni? Kalau teringin cepat-cepat la hubungi mereka.

Alamat :  No. 106 & 119, Jalan Masjid Kapitan Keling, 10200 Geogetown, Pulau Pinang.
Website : ANHSHOP2U
Tel : 04-2633224
Email : anhshop2u@gmail.com

3 comments:

  1. Manalah tau nanti nak buat tshirt printed ek, bolehlah contact no ni

    ReplyDelete
  2. kemudahan teknologi pada hari ni banyak membantu industri percetakan seperti ni

    ReplyDelete
  3. menarik produk boleh custom nama macam ni.

    ReplyDelete