Breaking News

Biodata Azar Azmi | Pelakon Pujaan Hati Kanda

Assalamualaikum..

Kepada peminat Drama Pujaan Hati Kanda especially peminat Fatimah a.k.a Fati ni Cik Nor bagi biodata Fati. Mana tahu kot korang minat sangat kat dia dan nak follow IG dia. Haha. Bakal menantu Datin Nenek katakan.kihkih

Biodata

Nama penuh: Siti Azar Ameerah binti Azmi
Nama popular: Azar Azmi
Tarikh lahir: 13 Mac 1989
Umur: 29 tahun
Kelahiran: Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia
Pekerjaan: Pelakon, model dan usahawan
Media sosial: Instagram @azarazmi
Fakta Menarik
1. Anak ketiga daripada lima adik-beradik.
2. Pernah menyertai Dewi Remaja 2009/10 iaitu sebuah pertandingan kecantikan gadis remaja Malaysia anjuran majalah Remaja. Beliau bersaing dengan Neelofa (juara), Izara Aishah (naib juara), Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.
3. Dalam bidang perniagaan, Azar merupakan pengasas yang mengusahakan produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF.
4. Kerjayanya sebagai pelakon bermula sebelum penyertaan dalam Dewi Remaja lagi, walaupun hanya memainkan peranan sebagai watak tambahan semata-mata untuk mendapatkan pengalaman dengan bayaran serendah RM50 hingga RM100.
5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.
6. Beberapa drama dan telefilem dibintanginya ialah Mr. Boss Miss Stalker, Mukhlis (Musim 2), Suri Hati Mr. Pilot, Biar Aku Jadi Penunggu, Syurgaku Tak Sempurna, Red Velvet, Gerak Khas, Bayangan Emilia, My Coffee Prince (penampilan istimewa), Tiada Arah Jodoh Kita, Uniknya Cinta, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf, Terbaik Dariku dan Pujaan Hati Kanda.
7. Dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.
8. Pada tahun 2017, hubungan cintanya dengan seorang duda anak dua yang dikenali selama tiga tahun akhirnya terputus. Dalam masa sama, Azar mengakui sedang me­ngenali hati budi seorang usahawan berusia 29 tahun.

15 comments:

  1. Menjadi betul watak Fati dia dalam pujaan hati kanda geram betul Mrs. A tengok hahahaaaa....
    Patutlah macam familiar orang ghombau ghupo ea

    ReplyDelete
  2. ramai yg benci dia lately ni. hahahhahaha

    ReplyDelete
  3. pecah kepala diani 🤣 masuka ir

    ReplyDelete
  4. Watak dia betul-betul buat orang jadi stress. Rasa macam nak sepak terajang je. 😂

    ReplyDelete
  5. Sakit jiwa bila tengok fati ni.haha

    ReplyDelete
  6. Tak tengok dram tu tapi suka perwatakan pelakon ni

    ReplyDelete
  7. geram tgk lakonan dia.
    kebetulan aida dpt tgk citer ni ari tu.
    dpt plak tgk si fati ni punyer bab. hadoi lah :(

    dewi remaja jugak asalnya. oic.
    se batch dgn pelakon2 fofular meletops yg lain.
    dia ni selalu berlakon pembantu jer kan. lakonan not bad.

    ReplyDelete
  8. Ada tgk dia berlakon jugak haritu . Watak jadi jahat mmg menjadi

    ReplyDelete
  9. azar ni kalau drama dia bawa mesti menjadi watak... ada satu drama dia jadi jahat menjadi sungguh...

    ReplyDelete
  10. Ha..awek ni yang geram sangat tengok dalam Pujaan Hati Kanda, nak geram kat Nadine terstop terus sebab geram kat cik Fatty ni lagi banyak..

    ReplyDelete
  11. Haha semua geram ye dgn watak dia dalam PHK tu.

    ReplyDelete
  12. x silap nnt Nur 2 dia pn berlakon watak jahat

    ReplyDelete
  13. Orang nogori rupenye, banyak dah lakonan dia tapi watak Fatty tu buat nama dia betul2 naik..

    ReplyDelete