Breaking News

Bila Lapar Ingat Spaghetti 3 Minit Dari Master Pasto



Assalamualaikum

Korang pernah terfikir tak, bila lapar tak perlu nak masak bagai tapi korang nak makanan tu mengenyangkan. Perghh..tinggi demand. Dah la malas masak, keluar ke kedai pun malas tapi nak makan makanan mengenyangkan. Ermm..makan biskut atau roti jer lah yer. Tapi kalau makan biskut atau roti kenyangnya sekejap jer. Tak boleh jadi ni. Nak kena cari gak makanan segera yang mudah dimasak dan mengenyangkan. Asyik makan roti dan biskut je malam-malam naik bosan jugak dibuatnya.



Tengah-tengah cari idea nak menulis entry baru kat blog tiba-tiba tertarik dengan satu laman web makanan segera yang cepat, mudah dan mengenyangkan.  Terpaku dan terpegun jap kat laman web https://www.masterpasto.com/ . Master Pasto menyediakan makanan segera berasaskan Spaghetti yang tak perlu di masak bagai. Cuma perlu panaskan sahaja dan terus boleh dimakan. Ohh.. suka nya hati bila dah jumpa makan segera macam ni. Alangkah indahnya hidup tak perlu masak atau keluar ke kedai bila perut lapar. Ini merupakan makanan Malaysia yang berasaskan pasta Malaysia. Rugi tak cuba. Yummy..

Terdapat 3 jenis masakan Spaghetti yang ditawarkan :

1. Spaghetti Bolognese With Chicken



2. Spaghetti Carbonara With Chicken



3. Spaghetti Aglio Olio With Chicken



Bahan Untuk Spagetti Bolognese With Chicken


- Spaghetti, isi ayam, tomato, tomato coulis, tomato, minyak masak, gula, bawang besar, bawang putih, garam, serbuk perisa ayam, daun basil, daun parsley, lada hitam dan rosemarry.


Bahan Untuk Spaghetti Carbonara With Chicken


- Spaghetti, air, isi ayam, susu, cendawan shitake, minyak jagung, serbuk susu, bawang besar, bawang, putih, gula, krimmer, keju parmesan, garam, serbuk perisa ayam, daun parsley, lada hitam, daun basil, rosemarry dan serbuk cep.

Bahan Untuk Spaghetti Aglio Olio With Chicken




-    -  Spaghetti, air, isi ayam, minyak masak, bawang besar, bawang putih, cili flakes, garam, gula, serbuk perisa ayam, tepung gandum, daun parsley, lada hitam, daun basil, dan rosemarry.



k   Korang  dah tengokkan bahan-bahan dalam setiap pek speghetti segera ini kan? Di Master Pasto ini mereka tidak menggunakan perisa tambahan @ msg, bahan pengawet dan paling penting tidak perlu disimpan didalam peti sejuk. Semua bahan-bahan dalam pek ini menggunakan bahan yang segar dan telah dimasak sempurna sebelum dipek kedap udara. Mesti korang tertanya-tanya bila makanan segera seperti ini diperkenalkan. Packaging spaghetti segera ini menggunakan flexy packy dimana peknya yang selamat dan boleh dipercayai walaupun dengan suhu yang tinggi dan tekanan kuat penstrilan. Ia dibuat khusus Lioco Food Industries Sdn. Bhd, Pulau Pinang, Malaysia.

     Cara Memanaskan Semula Speghetti Ini Ada 2 Cara

1. Menggunakan  Air Yang Mendidih



- Panaskan air sehingga mendidih
- Setelah air mendidih masukkan flexy packy  ke dalam air yang mendidih tersebut. Jangan risau flexy packy tersebut tidak akan bocor atau cair.
- Setelah direndam didalam air mendidih selama 3 minit, bolehlah diangkat
- Sedia untuk dihidang

2. Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro



- Masukkan ke semua bahan flexy packy ke dalam bekas tahan panas.
- Panaskan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 1 minit 
- Keluarkan dan siap untuk dimakan.


     Korang jangan risau kerana produk ini dijamin halal dan setiap pek spaghetti ini terdapat logo halal.  Spagetti ini 100% produk Malaysia dan makanan siap pertama seumpamanya di Malaysia. Peringatan penting kepada korang, kalau dah buka flexy packy  dan disimpan dalam peti sejuk hendaklan digunakan dalam masa 24 jam.  Flexy packy ini tidak sesuai untuk dipanaskan terus menggunakan ketuhar gelombang mikro dan ianya hendaklah dimasukkan ke dalam bekas tahan  panas yang lain sebelum dipanaskan. Jangan guna atau makan bahan dalam flexy packy ini sekiranya terbuka atau bocor.



      Untuk membuat pesan speghetti segera ini caranya mudah sangat. Macam korang buat pesanan barang kat laman web lain. Pilih mana korang berkenan, masuk dalam cart atau teruskan untuk bayaran. Tunggu barang sampai depan pintu rumah korang.

       Untuk maklumat lanjut korang boleh lawati : 

      Website : https://www.masterpasto.com/
      Facebook : https://web.facebook.com/masterpastolioco
      Instagram : @masterpasto

14 comments:

  1. favourite anak anak i olss pasta pasta ni!!nanti cik nor buat lebih eh!hehehhehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya selalu beli pizza readymade jer... lepas nie boleh try spageti lakk

    ReplyDelete
  3. wahh cam best je senang nak masak kalau lapar-lapar ni

    ReplyDelete
  4. Mudahlah kalau dh ade readymade mcm ni tinggal panaskan aje. Hehe

    ReplyDelete
  5. Mudahnya kalau beli Ni. Ye la zaman serba sibuk skrc Ni mmg penting perkara mcm ni

    ReplyDelete
  6. KakYa mmg suka spaghetti .. blh try gak yang ni utk bawak g jalan2 ..

    ReplyDelete
  7. 1 box ni baper cik nor?mughah tak?

    ReplyDelete
  8. Wah, senanglah lepasni ada sphagetti siap masak cuma nak kena reheat je..bak mai sini sebungkus mak nak masak ni :P

    ReplyDelete
  9. pek segera ekk?
    mcm nak masak pek brahims.
    cenggini jugak cara nyer, cik nor.
    kalau kita holiday ker, camping ker, bwk ni, mudah!

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. wah senang mudah la pah ni nak makan spaghetti

    ReplyDelete
  12. xpenah jupa lg produk ni... boleh laa cari. sesuai utk geng2 mls memasak ni hahahaha

    ReplyDelete
  13. senang pasni. Readymade je.. kna standby ni kt rumah,stok makanan wajib

    ReplyDelete