Breaking News

Masalah Besar



Assalamualaikum..

Cik Nor asal ada masalah mesti kongsikan kat sini. Tak kiralah besar ataupun kecil. Janji dapat luahkan kat sini mesti lega sikit rasanya. Kawan-kawan blogger ni sporting dan banyak memberi nasihat berguna. Itu lah salah satu sebab kenapa Cik Nor nak luahkan kat sini.

Kepada rakan yang masih belum tahu Cik Nor tak jadi berhenti dan masih meneruskan kerja seperti biasa di tempat kerja lama. Cik Nor request dah tak nak buat kerja-kerja admin dan hanya membuat kerja-kerja kewangan sahaja. Permintaan Cik Nor dipenuhi, alhamdulillah.

Namun belum sampai sebulan sambun kerja sudah masalah menimpa Cik Nor. Agak besar jugak masalah ni, di mana Cik Nor telah terpadam salah satu kod bidang syarikat semasa pembaharuan sijil kementerian kewangan Malaysia. Cik Nor pun tak pasti bagaimana ianya berlaku. Cik  Nor telah bertanya kepada pihak yang berkenaan, untuk menambah semula kod bidang ni ianta mengambil masa 1 tahun. Allahuakbar..lamanya. sedangkan kod bidang tersebut penting untuk meneruskan projek-projek yang telah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan.

Sejak dari mendapat tahu tentang masalah tersebut, hidup Cik Nor jadi tak keruan. Rasa macam kemurungan pun ada. Bos Cik Nor memang berapi lah marah. Asal tersedar ditengah malam mesti terigat akan masalah tu. Then cepat-cepat bangun buat solat hajat. Kadang-kadang lepas solat hajat sampai ke subuh tak boleh tidur. Cik Nor rasa ini lah dugaan yang paling berat Cik Nor hadapi.

Nak ke tempat kerja pun rasa lemau dan tak bersemangat bila teringat masalah ini. Dengan nak berdepan dengan bos lagi. Ya Allah..permudahkan urusan Cik Nor. Kalau korang ada kawan-kawan yang kerja kat kementerian kewangan Malaysia, unit pendaftaran syarikat bolehlah syer dengan Cik Nor. Nak mintak tolong. Huhu

15 comments:

  1. Ya Allah ciktie..dugaan tertimpa-timpa. sabar jelahh. Nak tolong pun tak tahu macamana

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. Dulu selalu sangat dengan no kod bidang tu.. Rasa hanya org yg kerja dengan kementerian dalam negeri ada.. Maaf cik nor ekin x leh tolong.

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan semua urusan ciktie. Ameen ya robbal alamin

    ReplyDelete
  4. Allah berat ujian Cik Nor. Kinah pun tak mampu nak tolong cik nor sebab tak ada kawan yang incharge kat sana. Hanya mampu berdoa moga urusan cik nor dipermudahkan. InsyaAllah akan ada jalan tu nanti.

    ReplyDelete
  5. Dugaan betul Cik Nor, mesti ada jalan penyelesaiannya..
    Perkara dah berlaku dan boss Cik Nor pun sedia maklum dengan perkara ini.
    In shaa Allah boss Cik Nor dan pihak pengurusan dapat cari jalan penyelesaian.
    Sama-sama kita berdoa agar Cik Nor dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  6. takpe CikNor luahkan saja ada kawan2 sudi kasi nasihat or tenangkan. walaupun mungkin tak dapat nak tolong sepenuhnya. kami boleh doakan untuk CikNor. doa banyak2 semoga semua dipermudahkan =)

    ReplyDelete
  7. banyak2 bersabar yea ciknor..banyak2 berdoa kepada Allah SWT untuk dapat petunjuk..

    ReplyDelete
  8. aduiii..sabar cik nor..tak tau camna nak tolong...moga dipermudahkan la urusan cik nor tu...dan masalah boleh diselesaikan...

    ReplyDelete
  9. sy mmg ada kwn yg keje kt MOF tp no tel dia dah tkr... hrp2 masalah ni dpt diselesaikan dgn segera ya cik nor

    ReplyDelete