Breaking News

KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES




Assalamualaikum...

Korang ada anak tak? Tak kira yang masih bayi atau pun yang dah meningkat dewasa. Kalau pergi ke mana-mana tempat mesti korang sediakan tisu basahkan? Kalau nak bayi mesti nak guna untuk cuci poot kan? Kalau yang dah dewasa mestilah untuk mencuci tangan. Ye lah, mana tahu nak makan tiba-tiba tiada sumber air untuk cuci tangan. Tak ke haru di buatnya.



Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.



Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.


Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.


Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.



Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).
*Harga termasuk GST.

10 comments:

  1. Best wipes ini.. banyak kegunaannya..

    ReplyDelete
  2. bestnya dah ada wipes! CJ ni bau wangi2

    ReplyDelete
  3. senang kalau ada tisu basah ni. sbb kdg2 CR guna utk buangkan makeup di muka.huhu

    ReplyDelete
  4. suka wipes nie best lembut dan wangi

    ReplyDelete
  5. comel je packaging diaa.. wnagi pulak tu wipes ni..

    ReplyDelete
  6. Wahhh carry junior pun dah keluarkan wipes.. comel nya warna dia...

    ReplyDelete
  7. wet tissues antra bnda penting perlu dbwa oleh semua mummy2 di malaysia..haha
    tp yg blum mumy pon boleh je guna..kan.hehe

    ReplyDelete
  8. tok nanti budak kito besar pun suka carrie junior hihihihi

    ReplyDelete
  9. sy pakai carrie junior ni esp body shampoo sbb wangi tp yg ni lom try lg

    ReplyDelete
  10. Cx tk ingat pernah guna ke tidak tp baby wipes mmg penting ntk mak² yg ada anak kecik

    ReplyDelete