Breaking News

Cuti-cuti Sekampung-Part2


Assalamualaikum..

Kemain lama Cik Nor sambung entry cuti-cuti sekampung dia. haha. Sebenarnya bukan disengajakan tapi ada masalah teknikal. Tab Cik Nor problem tak boleh nak buka. Terpaksa lah hantar repair. 3 hari jugak lah dia dok kat kedai tu. Maka 3 hari jugak lah Cik Nor hidup tanpa internet. Sunyi hidup tiba-tiba.haha

Korang tengok dalam gambar tu. Orang tak ada lah  ramai mana pun. Makanan yang jiran Cik Nor bawak bukan main banyak lagi. Baru jer siap makan pagi, dah ajak siapakn untuk makan tengahari pulak. Adoii...penuh perut Cik Nor macam ni. Jajan pun kemain banyak tak tahu mana satu nak makan dulu. Nak tak nak, kena follow the step.hehe. Rezeki jangan ditolak orang kata, Cik Nor pun setuju jugak..


Muka kekenyangan semuanya. Yang belakang sana tu dah ready untuk hidupkan api nak buat bara, nak bakar ayam, daging dan ikan. Ohh..mak aii.. banyak nau hidangan makanan tengahari yang kami akan makan.  Tu yang akan kami masak disini. Yang dia dah masak kat rumah gulai ikan masin bersama nenas dan masak tempoyak ikan patin.

Selain tu ada ulam-ulam dan jugak budu yang tak boleh ditinggalkan. Cik Nor pulak tak boleh nak makan banyak. Tadi dah makan pagi banyak sangat so kena jarak kan dahulu baru boleh makan balik.. Oleh kerana Cik Nor tak makan tengahari lagi maka Cik Nor ambik alih tugas-tugas membakar ayam, daging dan ikan tadi. Cik Nor bagi peluang kat makcik-makcik yang sibuk menyiapkan hidangan tadi makan dulu. Cik Nor tak apa, sambil bakar, sambil makan.hehe


Ni muka-muka tunggu hidangan makan tengahari. Tengok muka mak Cik Nor, muka kekenyangan. haha. Best mak dapat berkelah tepi pantai bersama kawan-kawan sekampung. Untung la mak dapat jalan-jalan tepi pantai tapi ayah kena tinggal. haha. Bukan sengaja tinggal tapi dia yang tak nak ikut. Susah nak tinggal sebab dia pelihara kambing dan rumah pun jarang tinggal kosong takut ada yang memerhati jer.

Itu lah sebab ayah tak suka ikut kami pergi ke mana-mana. Sekali ingat kesian jugak dia asyik kena tinggal. Tapi ayah Cik Nor jenis tak suka jalan jauh. Kalau ke rumah adik-beradik dia, mesti nak cepat balik jer. Apa yang dia tak boleh tinggal sangat kat rumah tu tak tahu lah. Ada emas seguni kot dalam rumah dia tu..haha. Guarau-gurau jer.. Orang tua memang perangai dia macam tu, suka duduk kat rumah jer..


Pergh..santai husband jiran Cik Nor ni. siap bawak kerusi malas lagi. Macam mat saleh santai tepi pantai. Bonet kereta Cik Nor memang tak boleh bawak apa dah. Hanya boleh muat kerusi roda adik jer. Faham-faham jer la bonet myvi bukan besar sangat.haha

Sambungan untuk part 3 insyaAllah ada kot. Tapi Cik nor tak dapat gambar lagi. Hari tu balik tab rosak lupa nak transfer masuk laptop. Kalau ada mungkin lambat sikit la. Sabarlah yer.. Cik nor dah start nak buat entry review pulak..hehe

7 comments:

  1. sakan nohh... happening betul tu. memang sedap lah berkelah tepi pantai cemni.. huhuhu

    ReplyDelete
  2. sakan sangat ni, bersambung2 entry :D

    ReplyDelete
  3. mcm2 ada makanan tu. dah lama x buat picnic mcm ni. cuma berbuka puasa bersama2 je...

    ReplyDelete
  4. SAKAN CIK NOR BALIK KAMPUNG.. MUJUR TAB BOLEH GUNA SEMULA TU

    ReplyDelete
  5. seronoknya bila bersama family tercinta..

    ReplyDelete
  6. seronoknya berpiknik dengan keluarga :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  7. amboiii berpiknik sakan dia yaa...ada emas seguni? ok mlm ni kami dtg merompak hahahahah

    ReplyDelete