Breaking News

Bila Berat Badan Jadi Ukuran



Assalamualaikum

Dah kenapa Cik Nor letak gambar kartun malam ni? Tiba-tiba jer kan? Tak ke pelik korang yang singgah. hihi. Ni hah..nak cerita pasal yang tular kat media sosial 2 3 hari lepas. Katanya seorang kalau berat lebih 60kg tak payah la pergi fashion show. Eh,..Cik Nor sentap tiba-tiba sebab macam dia mengata Cik Nor. hihi.

Eii..geram pulak kita yang membacanya. Ye lah katanya peha melimpah kiri dan kanan. Masalahnya kerusi yang disediakan satu-satu bukan nya kerusi panjang macam kat kantin sekolah tu. Kalau kerusi panjang macam kat sekolah tu betul jugak tak muat nak duduk ramai-ramai. Setahu Cik Nor yang berpengalaman ke small fashion show kerusi yang di sediakan satu-satu dan jarak antara kawan yang lain agak jauh jugak la.

Tak mungkin peha kita yang lebih tu mengganggu kawan sebelah pulak kan? Memang tak logik langsung tanggapan pengulas fesyen ni. Nama jer pengulas fesyen tapi kira jarak pun tak tahu ke?haha. Cik Nor tengok orang yang lebih 60 kg tu cantik jer bergaya jer pergi fesyen show. Tak selekeh macm pengulas fesyen tu. 

Dah la berumur ikut sedap mulut jer nak buat statement. Bawak-bawak la bertaubat wahai nenek jangan asyik mencari silap orang jer. Agak-agakla kalau nak berfesyen pun, dah sampai masa untuk menukar fesyen nenek kepada yang lebih muslimah. Hah..giteww. Kan dah kena sebijik kat Cik Nor.

Dalam berfesyen berat badan bukan jadi ukuran apa yang penting bijak dalam memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan kita. Cik Nor tengok Sherry Al-Hadad tu.. cantik fesyen dia. Tak baik tau memperlekehkan orang berbadancomel ni. Mereka pun ada citarasa sendiri untuk berfesyen.

Malas nak ulas panjang-panjang isu ni kan kluar isu lain pulak. haha. Buat nenek yang bagi statement tu..bawak-bawak lah berubah. Moga Allah berikan hidayah kepada beliau..aamiin

16 comments:

  1. salam cik nor..
    uii maro beno tu..pe kes nyer ni..yaya xtau pun.xpnh dgr..
    tp elok jg xdgr..kang dgn yaya pun rs nk mara skli kang..haha

    ReplyDelete
  2. saya pun marah gak awok memey terasa hahahah.. dia tu dah tua pakaian entah apa pun

    ReplyDelete
  3. nenek tu pun over jugak kan. upss.. hehe

    ReplyDelete
  4. kan..tak baik ckp macam tu..kan dia balik kena..tengok fesyen dia pun tak la lawo benor pun..so so je..eh..orang bdan besor pun pandai bergaya, hokay...tapi dari segi saiz badan tu tak leh nak kecik sbb jenis rangka besar..faktor keturunan mungkin..setiap orang berbeza so tak perlu la nak kritik macamtu..

    ReplyDelete
  5. x suka menghina org berbadan besar sbb mrka juga comel mcm abam kie ni kan? hehehhee

    ReplyDelete
  6. body shaming... bila jari terlajak taip... buruk lah padahnya

    ReplyDelete
  7. Ada terbaca juga pasal viral tu. Patut apa pun yang keluar dari mulut orang yang prfesional ni tak macamtu

    ReplyDelete
  8. Ramai yang hentam dia. Kot ye pun marah,dia tak patut keluar statement macam tuh

    ReplyDelete
  9. Terasa tau bila dia keluarkan statement macam tu. Sampai hati diskriminasi orang ikut bentuk badan. Haih.

    ReplyDelete
  10. ahahhaa comel.... saya pun bukat extra 20kg uhuk x layak masok fashion show.
    Nak masok panggung wayang jelah. muat kerusi. kikiki

    xpelah ciknor, satu malaya kecam dia...

    ReplyDelete
  11. bila tengok komen2 artis yang pernah terkena dengan dia, i think memang perangai dia macam tu even dia cakap orang salah ertikan statement dia yang terang dan jelas berbeza dengan explanation dia.. huhu

    ReplyDelete
  12. mulut tak ada insurans, gitula..last2 kena kecam dengan netizen

    ReplyDelete
  13. aduihhh,,,, badan org biar je la. kang kena badan sdiri baru tahu camana....

    ReplyDelete
  14. Saya tumpang aminkan sekali ye..aamiin..

    ReplyDelete
  15. Ha a.... geram jugak mendengarnya.... Taulah body dia kurus cantik kan Cik Nor tapi tak payahlah nak sindir org yg berbadan 60kg ke atas. Terasa ai tau hahaa

    ReplyDelete