Breaking News

Aku Tewas Lagi


Assalamualaikum..

Mesti korang tertanya-tanya mana hilangnya Cik Nor sebab dah 2 hari tak updates blog. Biasa setiap hari ada jer entry auto publish dia. Hehe. Perah santan betul Cik Nor ni. Entah orang ingat ke tidak tak tahu lah. hihi

Tajuk entry kemain lagi. Sebenarnya Cik Nor tak sihat. Kena jangkitan virus dari tempat kertas. Ingat biasa-biasa jer, sebab sekarang ni musim panas dan mungkin di sebabkan kekurangan air dalam badan. Ternyata sangkaan itu meleset. Hari ni batuk semakin menjadi-jadi sampai nak tidur malam pun terjaga. huhu

Orang cakap kena minum air banyak-banyak. Cik Nor minum kemain banyak dah tapi rasa macam tak masuk dalam badan jer. Ye lah, biasa minum air sikit pun dah rasa nak ke tandas. Dalam keadaan sekarang ni kalau tak paksa ke tandas memang tak kencing la. huhu. Buang air kecil tu satu hal, buang air besar lagi risau. Nasib la masuk hari ke-2 dapat membuang dengan selesa. Cik Nor memang jenis kena buang setiap hari. Kalau sehari tak membuang memang rasa lain macam jer.

Korang macam Cik Nor tak? Exroomate Cik Nor kata tak normal kalau membuang hari-hari. Dia kata 2 hari sekali baru normal. Aish..mana 1 betul ni. Siapa boleh tolong jawabkan?hihi. Eh..nak cerita pasal tak sihat tapi melalut sampai membuang pulak. Tapi semuanya ada kaitan bila badan kita tak cukup air.


Sebenarnya Cik Nor beli ubat kat farmasi jer tu, malas nak pergi klinik lagi. Sebab batuk jer pun. Cik Nor cuma beli ubat cair kahak dan ubat tahan gatal tekak jer. Kalau 2 jenis ubat ni dah habis Cik Nor balun tapi tak beransur pulih jugak maka menyerah lah Cik Nor ke klinik berdekatan.huhu

Doakan moga batuk Cik Nor cepat hilang, nak tidur pun seksa ni. Nak makan pun tak ada selera dah.

9 comments:

  1. cuaca x menentu ni c.nor byk minum air masak ter... semoga cpt sembuh

    ReplyDelete
  2. Oh yeke? Doktor yang saya jumpa bagitau, normal membuang hari-hari. Apsal macam tak sama fakta ye? Haha

    ReplyDelete
  3. hrp2 ms sy bc entry ni cik nor dah kembali sihat...

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi beli ubat kat farmasi cik Nor.... berkesan tak selalunya? Yelah sekarang ni mmg musim batuk. Hakak dari pak mertua meninggal hari tu batuk sampai sekarang ada lagi batuknya. Malas nak gi klinik lagi. Mahei weyh hihi

    ReplyDelete