Breaking News

Dapat Makanan Murah Lagi


Assalamualaikum..

Minggu ni tak balik kampung sebab nak siapkan review yang tertangguh. Cakap jer nak buat tapi hari ke dua baru buat. haha. Biasalah kan kalau hari cuti liat sikit nak buat kerja. Tambah hujung minggu mata macam susah sikit nak buka. kihkih.

Memang setiap bulan niat kalau tak balik nak cuci rumah sewa. Biarlah orang lain tak nak buat, Cik Nor buat la janji rumah bersih. Cik Nor jenis tak suka pakai selipar dalam rumah sebab kita tak tahu tahap kebersihan rumah. Kalau tak pakai selipar bila tengok tapak kaki hitam, memang tahulah nak kena bersih. Betul tak korang? 

Hari Jumaat macam biasa kitaorang akan keluar pergi pasar cari bahan mentah dan kalau jumpa makanan murah yang dah masak tu kira satu bonus la.hehe. Mula-mula pergi Tesco, ingat cari rak baju tapi tengok harga macam tak mampu milik jer. Keluar tangan kosong jer. Kebetulan sebelah Tesco ada MR. DIY, macam ada kuasa magnet menarik Cik Nor ke situ.hihi. pusing punya pusing jumpa la shaker yang Cik Nor idamkan selama ini. 

Cerita shaker dalam entry akan datang. hehe. Keluar dari Tesco masuk bandar Kota Bharu pulak sebab nak pergi Giant. Masuk Giant agak lewat jugak la, jumpa rak yang Cik Nor inginkan tu tapi tak sempat ambik sebab Cik Nor masuk bawa bakul tarik jer. Masa tu announcement dah nak tutup sebab solat Jumaat. Masa nak keluar tu sempat tengok apa makanan yang diaorang buat quick sale. Ingat dapat lagi chicken chop murah tapi diaorang tak buat. Yang ada quick sale cuma nasi ayam, nasi lemak dan chicken popcorn. 

Housemate Cik Nor pilih nasi ayam, Cik Nor pilih nasi lemak dan chicken popcorn. Alhamdulillah..jimat belanja makan tengahari..hehe. Biasalah orang malas masak rembat jer apa yang murah. Untuk makan malam Cik Nor beli kuih kat Pasar Siti Khadijah jer. Cari yang susah basi macam karipap, sardin roll or apa-apa kuih yang ada inti tapi susah nak basi dan tahan hingga malam.

Alhamdulillah..Cik Nor siap kemas satu rumah dan juga bilik sewa. Hehe. Dari menambah lemak baik buang sikit lemak tu. Tak susah pun.. sapu lantai, mop lantai peluh dah keluar. Bagi orang malas bersenam macam Cik Nor itu sudah memadai.hihi

11 comments:

  1. murah teruk ni, jimat

    ReplyDelete
  2. kin pun pernah beli yg quick sale ni dekat giant. beli yg donat salut coklat tu.

    ReplyDelete
  3. wah murah sgt ni. kalau murah + sedap mmg berbaloi kan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah murah rezeki untuk Cik Nor

    ReplyDelete
  5. Mmg bbaloi kan? Heheh murah teruk tu

    ReplyDelete
  6. Saya sendiri suka quicksale. Hehehehe untunglah ciknor. Rezeki ♥

    ReplyDelete
  7. best kan kalu selalu mcm ni..dulu aeon selalu buat sblm kol 8pm tp laa ni da xde lg

    ReplyDelete