Cuti-Cuti Sekampung
Assalamualaikum
Amboi sakan tajuk entry Cik Nor kali ni. Hambik ko cuti-cuti sekampung katanya. Tapi yang pergi berapa kerat jer sebenarnya. Las minute punya perancangan ni. Cik Nor pun tahu bila dah balik kampung. Apa benda pun tak prepare. Malam nak pergi tu baru lah buat apa yang patut. Adus buntu jugak nak bawak apa sebab badan pun tak berapa nak sihat.
Kakak Cik Nor pun sama tak sihat tapi kuatkan juga untuk membuat persiapan. Nanti pergi tangan kosong apa pula kata jiran yang mengajak kami tu. Malam tu kami buat kuih koci, makaroni bakar, dan agar-agar bodoh. hihi. Tapi kes agar-agar tu sadis sangat sebab tertinggal di dalam peti. haha
Percutian singkat kami ini diadakan di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Ini lah kali pertama Cik Nor menjejakkan kaki di pantai ini. Nampak tak kejakunan Cik Nor di situ. Harap korang tak gelak kan Cik Nor. Kalau korang gelak Cik Nor tak nak kawan dengan korang. haha
Kami bertolak dari kampung lebih kurang pukul 10.00 pagi, dan sampai ke destinasi lebih kurang pukul 12.00 tengahari. Dekat je sebenarnya tapi banyak kenderaan bergerak perlahan dan kami sukar memotong, itu yang menyebabkan kami lewat sampai. Kami berkonvoi dengan 3 buah kereta. Family Cik Nor 2 buah kereta dan jiran yang mengajak tu sebuah kereta.
Masa mula-mula sampai kami di sajikan dengan bihun goreng dan kuey teaw goreng yang sedap sangat. Kena pulak dengan ulam timun fresh dari kebun dan keropok keping. Enak tak terkata. Panas-panas pukul 12.00 tengahari tu jiran Cik Nor dah siap buat air sirap kenduri lagi lah nikmat tak terkata. Eh, ada desset buah tembikai..adus menggoda sangat.
Sebenarnya entry ni ada sambungannya, korang tunggu yer. Menu dan cerita masih banyak lagi Cik Nor nak kongsidalam percutian singkat ni. Gambar pun masih banyak yang belum diambil dari kamera kakak. Harap korang bersabar menunggu part yang seterusnya. hehe.
seronok picnic ramai2 macam ni :D
ReplyDeleteNasib baik takde buah kelapa kering jatuh ye
ReplyDeleteWah, bestnya dapat jiran macam tu siap ajak berkelah... Jiran zumal, ish ish hanya Allah jer tahu
ReplyDelete#takgelaktau
Assalamualaikum. Tahniah kerana anda menjadi salah seorang pemenang SPM Result Giveaway! Untuk keterangan lanjut dan cara-cara untuk menuntut hadiah, sila klik pautan di bawah. Terima kasih.
ReplyDeletehttp://www.zukidin.com/2018/04/keputusan-spm-result-giveaway.html
amboiiii gi keklah dioooo...
ReplyDeleteWahhh seronoknya ciknor
ReplyDeleteseronoknya dapat berkelah di tepi pantai
ReplyDeleteSERONOKNYA BERKELAH RAMAI2 GINI
ReplyDeleteooo br tau igt kat johor je ada Kluang hahaha
ReplyDelete