Breaking News

Bila Ko Bajet Retis


Assalamualaikum..

Malam ni rasa nak taip entry personal jer, hehe, Ye lah mesti korang borang asyik entry review jer kan. Minggu lepas banyak lah jugak cerita sebab banyak aktiviti. Paling best pergi lepak kat pantai. Tenang jer rasa dapat lepak kat pantai. Asyik kerja-kerja jer. Kalau balik kampung pun melepek dalam bilik buat tahi mata. Itu lah Cik Nor kalau hari cuti..haha.

Kitaorang mulanya nak santai-santai kat pantai Tok Bali jer. Bila tengok keadaan panas semacam tak sesuai sebab ada budak-budak. Tak puas hati, pergi tinjau pantai Bisikan Bayu. Terus jumpa prt menarik nak melepak. Apa lagi, bentang tikar dan keluarkan barang yang dibawa. Apa lagi kalau bukan makanan. Menang tak sah kalau ke pantai tanpa bekal. Betul tak korang?

Alang-alang dah ke pantai banyak la agenda Cik Nor. Salah satu nya photoshoot produk review. Nak bergambar tanpa apa-apa tujuan memang tak lah. Cik Nor ni bukan kaki selpie. Kalau tumpang anak-anak buah selpie boleh lah. Sebab tu gambar Cik Nor mana ada yang berseorangan. hehe


Lupakan pasal photoshoot produk review tu, kita photoshoot tuan dulu. Bukan saja-saja bergambar ni tau. Bergambar ni sebab nak tunjuk kita pakai palazo. Dah lama beli dengan Mama Niza aka Norhasniza Khalid tapi tak tahu nak pakai pergi mana. Lagipun badan dah berisi tu yang tak berani tak pakai palazo. Tanya anak buah ada baju labuh sikit tak? Sebab nak cover drumstik yang dah semakin mengembang.haha

Sekali dia bagi blous yang pakai masa masuk tv tu.  Entry yang masuk tv tu kat SINI. Hentam jer labu janji baju tu labuh. hehe. Tudung tu ikut sarung jer sebab malas nak iron tudung. udah nampak macam makcik-makcik. Opss..bukan makcik bawang yer. I makcik vouge gitu.haha

Cik Nor tak perasan pulak Mama Niza jual lagi tak palazo ni. Yang pasti peminat Mary Kay jangn lupa cari Mama Niza sebab dia jurucakap MK sekarang. Hehe. Jangan lupa cari facebook dan instagram dia : Norhasniza Khalid.

15 comments:

  1. cantiklah cutting palazzo tu! sesuai dgn cik nor

    lawa view kat belakang

    ReplyDelete
  2. pewitttttt comey la dia heheheh..

    ReplyDelete
  3. Comel aje mama.tgk ciknor ni. Drumstick mama LG beso jgn riso hahha

    ReplyDelete
  4. sesekali apa salahnya bajet retis cik nor...hehehe

    ReplyDelete
  5. Memang retis rasanya ni. Lama tak pergi pantai, rasa teringin nak main air laut. Hehe...

    ReplyDelete
  6. nanti jumpa juju kita selfie naaaaa ciknor haha

    ReplyDelete
  7. hai... lama sungguh tak mai jenguk sini...

    ReplyDelete
  8. Amboi..amboiii ciknor hehe memang retis sangat

    ReplyDelete
  9. kalu posing dlm laut tu lg cun cik nor lg terserlah ke'retis'annya itu hahaha;-)

    ReplyDelete
  10. alahaiii bila la dapat jumpa retis sorang ni..

    ReplyDelete
  11. Alolo comel je cik Nor. Selalu memang jarang lah nak nampak gambar cik Nor dekat blog sendiri pun.

    ReplyDelete
  12. Lain sikit cutting palazo tu eh.. nampak cantik juga..

    ReplyDelete
  13. Kita pun tak pernah try seluar jenis palazo lagi sebab risaukan drumstick kita yang makin membesar.. ekekeke..

    ReplyDelete