Breaking News

Bukan Menunjuk


Assalamualaikum..

Tajuk entry malam ni kemain hot lagi. Haha. Bukan menunjuk tapi gatal tangan nak ambil gambar. Boleh gitu? Biasalah, kata blogger bab-bab gambar dia la yang paling win. Betul tak korang yang bergelar blogger tu. Setiap hari ada jer gambar yang nak di ambil. Bukan saja-saja ambil gambar tapi setiap gambar yang diambil ada cerita yang tersendiri. 

Berbalik kepad gambar telekung Siti Khadijah tu. Sebenarnya tu bukan asli punya. Yang Cik Nor beli ni asal dari Vietnam. Harga pun murah. Tak sampai RM100. Kalau ada sesiapa yang berminat boleh la bagitahu Cik Nor nanti Cik Nor tolong belikan untuk korang. hehe

Kualiti kain lebih kurang sama dengan Telekung Siti Khadijah yang asli. Cik Nor beli ni pun sebab macam dah lama sngat tak beli telekong. Oppss..bukan Cik Nor pakai yang lama-lama punya tapi banyak orang bagi. Tak merasalah Cik Nor nak beli sendiri bila asyik orang bagi hadiah jer. 

Kebetulan taukey kedai komputer datang ambik cek kat pejabat, dia bawa sekali telekong ni. Dia suruh tengok. Tak nak beli pun tak apa. Beli punya beli..rasa bersalahlah pulak kalau tak beli..hihi. Tu terus grab 1. Sebenar ada warna lain selain warna putih tapi Cik Nor tak suka sangat telekung warna lain. Rasa macam lain macam jer, padahal orang lain pakai biasa jer. 

Kain telekung ni best sangat dan tak panas. Part paling best bahagian muka..ngam-ngam jer dengan muka Cik Nor yang bulat ni..hihi. Biasa kena pakai anak tudung sebab ada part yang longgar. Telekung tak perlu sebab ia kemas dan dijamin tidak ada rambut terkeluar.

Mungkin Cik Nor dah set dalam kepala telekong sembahyang cuma warna putih jer kot. haha. Dah macam jakun pulak bila tak boleh terima telekong warna lain. 

Kalau korang suka telekong warna lain atau nak kena warna putih jer?

9 comments:

  1. Saya oke je warna lain tapi kena warna yang soft je. Tak suka warna yang bright

    ReplyDelete
  2. Fiza lebih suka color putih. Tapi kalau diberi pilihan untuk memilih. Fiza pilih color kalabu lembut.

    ReplyDelete
  3. Ros pun suka warna putih... tapi, ade jugak beli warna lain.

    ReplyDelete
  4. suami panggil mengkana. Ehehehe.. Setakat ni ada 2 jer.. hihihi.semua kaler putih dan kain selesa

    ReplyDelete
  5. suka juga wrna lain..mcm kat uma dah ade kaler purple gelap..heee
    wrne2 yang soft suka jga..sblm ni da biasa pkai wrn putih,mmg rs lain skit bila memula pkai wrne lain..hehe

    ReplyDelete
  6. suka warna putih gak.. nak gak eh sepasang

    ReplyDelete
  7. suka warna putih..sebab kalau basuh, nak guna klorox

    ReplyDelete
  8. Sekarang ni nak dapat yg klon senang sanagatkan cik Nor. Murah pun murah hihi....Arwah mak mertua ada satu, anak anak hakak sukalah katanya best...
    Dari segi kaler kalau hakak warna apa pun boleh, apa lagi kalau dapat free hahaha

    ReplyDelete