Breaking News

Nasib Simpan Resit

Sumber gambar dari google

Assalamualaikum..

Seperti yang korang tahu khidmat Cik Nor ditempat kerja sekarang bakal berakhir hujung bulan ni. Maka  secara automatik kena keluar dulu dari bilik sewa sekarang ni. Mana nak cari duit nak bayar rumah sewa dengan kerja tak dapat lagi ni. Pindah balik kampung dulu la sementara waktu ni. Bukan jauh pun sebenarnya..hihi. ada kerja datang balik tinggal kat Kota Bharu.

Sebelum nak keluar kenalah bagitahu kat tuan rumah, tak kan nak keluar macam tu jer. Kenalah beradab, kita orang melayu penuh dengan adab. Lagipun Cik Nor ada deposit masa mula-mula masuk dulu. Untuk kepastian tanya la tuan rumah. Dia cakap deposit Cik Nor dulu RM130.00 so, Cik Nor kena tambah lagi RM30.00 mengikut sewa yang terkini. Eh..macam tak betul jer makcik ni bagitahu. Seingat Cik Nor, Cik Nor tak pernah merasa sewa RM130.00. Masuk bilik sewa dulu harga dah RM140.00 dari mana datangnya RM130.00.

Hati tetap mengatakan deposit yang Cik Nor bayar RM140.00 dan makcik tu ada bagi resit masa Cik Nor buat bayaran dan seingat Cik Nor resit tu Cik Nor letak dalam buku. Dulu Cik Nor suka baca buku ilmiah sebelum tidur. Apa-apa resit yang Cik Nor terima Cik Nor selit jer dalam buku tu. Dah tentu selamat. hehe. Kalau letak dalam beg duit memang dah hilang.

Ternyata kata hati Cik Nor betul, memang Cik Nor bayar RM140.00. Alhamdulillah..resit tu elok jer terselit dalam buku. Kalau tak ada resit tu memang rugi RM10..00..haha. RM10.00 pun berkira ke Cik Nor? Memang sangat berkira, kalau isi petrol dah dapat banyak liter tu..haha. Korang yang menyewa kat mana-mana, pastikan simpan resit. Takut jadi macam kes Cik Nor ni.

Itu jer nak citer malam, idea sudah kekeringan ni.hehe

11 comments:

  1. Amboi makcik tu..betul..apa2 pun kena simpan resit..

    ReplyDelete
  2. saya xde simpan resit sbb ms msk dulu mmg x de deposit hehehe

    ReplyDelete
  3. Mujur awak simpan resit tu. Penting tu walaupun RM 10 kan hehe

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  4. nasib baiklah cik nor simpan resit tu...
    kdg² org kata ala rm10 je pun tu pun nak kecoh...
    padahal bukan kerana rm10 tapi nilai rm10 tu kita boleh buat makan sehari dua tauu...

    ReplyDelete
  5. Betul tu cik nor, sedap2 jer nok kurangkan deposit

    ReplyDelete
  6. balik mache nak buat kijo gapo pulop?

    ReplyDelete
  7. hahaha RM 10 tu kalau kumpul, boleh beli rumah kan..

    hehe

    ReplyDelete
  8. 10 hengget pun duit..bukan nak berkira..tapi kena kira jugak..hehe

    ReplyDelete
  9. benda2 cemtu memang kena simpan CikNor.. syukur simpan kan..

    ReplyDelete
  10. Nasib baik masih ada dalam simpanan. Kalau tak kena bayar lebih sikit la masa-masa camni

    ReplyDelete