Breaking News

Kenduri On The Spot

Gambar sumber google

Assalamualaikum..

Mesti korang pelik, kemanalah Cik Nor ni dah 2 hari tak ada entry baru. Bukan Cik Nor terkena penyakit m tau kali tapi Cik Nor busy kemas rumah sebab nak buat kenduri kat rumah. Kiranya on the spot sebab minggu depan dah nak puasa. Masa agak terhad dan Cik Nor pulak malas nak cuti.huhu

Moh la Cik Nor cerita kenduri apa. Yang pasti bikan kenduri kahwin Cik Nor.haha. Balik hari khamis terus bincang dengan mak nak buat kenduri. Mak macam tak setuju sebab on the spot, dengan rumah tak kemas. Itu ini tak ada preparation. Tapi kali ni malas nak tunggu dah orang lain dah. Yang mana boleh balik, balik lah. Yang tak boleh tu anggap la tiada rezeki nak makan laul kenduri. Semua Cik Nor buat sendiri sambil dibantu kakak dan anak buah.

Hari jumaat sebelah pagi start mengemas bahagian dapur, tengahari rehat kejap untuk masak lunch. Petang pergi pasar beli lauk dan bahan-bahan masakan untuk kenduri esok. Pusing-pusing dalam Machang sebab banyak kedai tutup hari jumaat. Then keluar pulak lewat sebab Cik Nor tertidur keletihan. Huhu. Balik rumah lebih kurang pukul 6.00 petang. Lepas solat magrib dah siap masak untuk dinner start buat ole-ole untuk kaum hawa yang datang mengaji lebih kurang 40 orang semuanya. Cik Nor buat dadih jer sebenar. Tak tahu apa nak buat, last decide buat dadih dan masukkan dalam bekas  sederhana besar. Perghh.. bukan 40 yer tapi 50. Huhu.

Habis buat ole-ole sambung buat pencuci mulut. Cik Nor buat agar-agar bodoh jer.hehe. Ingat dah buat warna kuning satu bekas dan warna hijau satu bekas tapi kakak tersilap beli adunan nak buat puding jagung kastad. Maka tak menjadi la puding dia tu.hihi. Oleh kerana agar-agar Cik Nor ada satu paket yang ada maka dia olah puding dia jadi agar-agar jagung. Walaupun nampak macam tak menjadi tapi semuanya sold out.

Majlis pada hari sabtu tu bermula dengan tahlil oleh kaum adam. Then pukul 3.00 petang majlis bacaan yassin oleh kaum hawa. Kami satu family pun join...wanita sahaja.hehe. alhamdulillah mak dapat jugak kumpul 40 orang semuanya untuk bacaan yassin tidak termasuk kami. Memang sungguh tak sangka perancangan last minute menjadi. Subhanallah..

2 hari lah Cik Nor tak rehat dan tak cukup tidur sebab tidur bila jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Oppss..lupa nak story menu kenduri semalam ialah nasi putih, kari daging bersama umbut kelapa sawit, teresek kelantan, acar masak timun, sambal mangga, ikan masin goreng, budu, ulam-ulam, agar-agar dan air sirap. Simple tapi menyelerakan.hehe

Ok. Dah panjang lebar membebel, stop dulu. InsyaAllah jumpa next entry. Gambar kenduri tak sempat nak ambik sebab tuan blog sesangat sibuk.huhu

11 comments:

  1. Alhamdulillah..yg penting berjln lancar cik nor ;)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...berjalan lancar jugak kenduri tu...penat tu boleh akk rasa tu...selamat berehat ya cik nor

    ReplyDelete
  3. Teringat keluarga di kampung... Bila dekat nak raya kami buat kenduri macam ni juga..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah... masakan kampung. Cukup menyelerakan. Kami pon ada buat kenduri aqiqah last minute. Nasib kami baik, masih ada orang terima untuk catering dan cukup khemah.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah majlis berjalan lancar :) buat last minute always menjadi =)

    ReplyDelete
  6. on the spot pun sempat jg msk byk ya cik nor... tp... smpi ati x jemput kite... ;-(

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah...
    majlis berjalan dengan lancar..

    ReplyDelete
  8. bestnyaaaaa on the spot pun berjaya...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Majlis menjadi. Mmg hebat boleh plan dlm masa singkat

    ReplyDelete
  10. sedap lama tak makan tresek la... alhamdulilah allah permudahkan kenduri cik nor

    ReplyDelete
  11. seronoknya kenduri... best kan tp mesti tak terkata tu penatnya..

    ReplyDelete