Emping Beras
Gambar google
Assalamualaikum..
Al-kisahnya, semalam kawan adik dari Melaka poskan emping dari sana. Cik Nor pulak lupa cara makannya macam mana. Adik kata kena masak macam pulut dan gaul dengan kelapa parut. Kalau nak sedap lagi boleh letak gula pasir atau pun gula melaka. Aishh..yer ke macam tu cara makannya. Macam lain jer.haha.
Cik Nor google macam mana orang makan emping. Tengok kat youtube diorang tak masak pun emping tu. Diaorang cuma masukkan emping ke dalam mangkuk, kemudia tambah kelapa parut dan gula melaka. Try lah buat macam tu, alahai sangkut kat tekak sebab emping tu kering, kelapa pula xde yang muda. haha. Pengalaman betul orang tahu nak makan emping tapi buat-buat tahu.
Korang yang pernah dan suka makan emping meh la kongsi macam mana korang makan emping. Hakak mu ni buntu macam mana cara yang betul nak makan emping tu. Orang Melaka sila hadirkan diri bagi resepi betul cara makan emping
Baca juga : Resepi Kerabu Kacang Botol
Pernah makan sekali emping, tak sedap sangat. Cara buat tak ingat, arwah mak yang buat :)
ReplyDeletemasa budak2 dulu dlm awal 80an ada gak tengok org tumbik padi utk dijadikan emping. tp x berapa ingat mana. maklum la jame budak2 lagi masa tu. tu antara makanan tradisi yg makin pupus. generasi baharu x kenal doh emping ni gapo dia.... so sad....
ReplyDeleteTak pernah makan lg
ReplyDeletetak pernah makan cik nor kalau yg sekeping mcm tu penah juga laa
ReplyDelete