Breaking News

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti

 

Sinopsis Aku Yang Kau Sakiti

Mengisahkan tentang Amanda (Rita Nadira) merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial yang dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang. Sejak kejadian itu, Amanda menetap di rumah peninggalan bapanya dengan ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid) dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) yang bersifat materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda. Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki (Zamarul Hisham) yang merupakan bapa kepada rakan baiknya, Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki rasa bersyukur dan terhutang budi dengan sahabat baiknya iaitu bapa Amanda dan sekaligus telah menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri.

Rykal (Redza Rosli) setia berada di sisi Amanda sepanjang dia di dalam kesusahan dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin. Pada Amanda, dia ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella.  

Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang. 

Namun, Rykal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?

Lakonan hebat :Rita Nadira sebagai Amanda, Redza Rosli sebagai Rykal, Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki, Fify Azmi sebagai Bella, Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin, Jasmin Hamid sebagai Mak Su, Iman Suhana sebagai Sara, Syazwan Zulkifly sebagai Faris, Zazly Baginda sebagai Encik Rasyid, Syazuwan Hassan sebagai Shahrul, Natasya Mahyan sebagai Cika, Anies Hann sebagai Mia, Ain Yasmin sebagai Suzana

5 comments:

  1. tuan zaki tu sbnr nya baik ke jahat?

    ReplyDelete
  2. Drama kalau ada zamarul hisham ni biasanya best...

    ReplyDelete
  3. Cuya dah lama tk tengok drama..
    malas nk tgk tv nanti asik nk tgk je drama..hahha

    ReplyDelete
  4. oo baru tahu jalan cerita drama ni...

    ReplyDelete