Breaking News

Selamat Datang March

 

Assalamualaikum..

Pejam celik, pejam celik sekejap jer masa berlalu. Sedar tak sedar kita sudah pun masuk bulan ke 3 di tahun 2023. Tinggal beberapa hari jer lagi kita nak melangkah ke bulan ramadan. Masih ada lagi ke yang belum ganti puasa tahun lepas. Kalau ada cepat ganti sebab tinggal lebih kurang 3 minggu sahaja lagi kita nak berpuasa semula. Cik Nor alhamdulillah terus ganti tahun lepas lagi.

Tapi dekat-dekat nak puasa ni Cik Nor buat juga puasa ganti mana tahu ada lagi yang belum berganti, almaklumlah umur dah menghampiri senja ni banyak yang dah lupa. Nak bayar fidyah rezeki cukup-cukup makan. Kita ganti jer dulu, ada rezeki nanti kita bayar fidyah pulak.

Wah dah masuk bulan Mac ni, apa pencapaian yang dibanggakan korang setakat ni. Rasanya kalau tanya Cik Nor macam tak ada. Kalau ada pun sebab payment yang tahun lepas dah dapat. Alhamdulillah.,.boleh lah buat belanja beli jajan. Job blogger tahun ni pun rasa macam sendu sikit. Banyak job gift review dari job berbayar. 

Kalau gift review tu berbaloi Cik Nor ambik jer. Kalau rasa something tu Cik Nor abaikan jer lah dulu. hehe. Bukan memilih tapi kena fikir kos kita nak buat posting di media social. Rasanya internt kita kena bayar bukannya kerajaan bagi percuma. Tak gitu korang? :Lain la kalau semua free boleh lah ambik job free..hehe

Bulan lepas rasanya dapat satu job berbayar tapi bayaran masih belum dapat lagi. Tak bayaran tak banyak pun tapi lepas lah bayar toupup. Nak dapatkan tu punya lah lama, tahun lepas  punya job pun ada satu lagi tak dapat rupanya. Alahai kalau kumpul-kumpul banyak jugak tu. Bulan mac ni harap-harap dapat la lebih sikit job berbayar. Nak buat bekal bulan puasa dan hari raya nanti. Begini hidup blogger hidup segan mati tak mahu..hehe

Baca juga : Bila Dah Berumur, Diam Lebih Baik

5 comments:

  1. masa ta k terkejar dek kita
    dah mac , yg pasti tak sabar menunggu Ramadhan tiba

    ReplyDelete
  2. sekejap dah masuk bulan ke3. terasa baru je masuk 2023. selamat menyambut Ramadhan ye cik nor...

    ReplyDelete
  3. kan cik nor..sekarang job berbayar utk blogger dh makin sendu, banyak gift review je..saya pun amik kalau berbaloi je..

    ReplyDelete
  4. mungkin cik nor boleh try usha2 company yg perlukan pengiklanan dgn harga yg berbaloi. kalau ada akaun twitter boleh cari. ada je...

    ReplyDelete