Breaking News

Cuti-Cuti Malaysia | Lost World Of Tambun - Part 2


Assalamualaikum..

Entry sebelum Cik Nor ceritakan perjalanan kami dari Machang ke Ipoh . Bagi yang tak baca lagi korang boleh baca kat Sini. Cehh..siap promote kan Cik Nor. Hehe. Ni buka  hari kedua tau. Ni malam punya, dah separuh hari rehat malam kita pergi  berjimba lah pulak.


Berjimba la sangat padahal nak pergi cari seluar mandi untuk anak buah dan abang ipar. Ingat diaorang dah bawa rupanya tak bawak. Menggelupur pergi cari malam-malam. Mula tu pergi cari kat Parkson, ingat adala yang lelong tapi kecewa sebab semuanya branded. Kalau Parkson kat Kelantan banyak je yang dia lelong murah-murah kat luar. Keluar cepat-cepat dari situ dan pergi The Store. Alhamdulillah..jumpa juga yang murah.

Hah..lupa nak bagitahu...etika berpakaian untuk mandi di Lost World Of Tambun agak straight. Baju atau seluar mandi jenis kain  Tshirt memang tidak dibenarkan sama sekali. Untuk yang tidak melibatkan permainan air tak kisah. Seluar kena pakai jenis yang tak menyerap air dan begitu juga baju bukan kain jenis tshirt. Kalau kain jersi tu boleh. Nak selamat pakai tracksuit jenis licin dengan jersey sukan korang. Jangan cakap Cik Nor tak payung.


Padahal petang tadi kakak dah masak dan dah makan makan malam, anak buah Cik Nor tiba-tiba lapar nak nak makan nasi lemak ayam kampung. Cik Nor tak nak makan nasi dah sebab dah tengah malam. Beli la pulut mangga dan bubur madu apa ntah. Perghh..ingatkan murah.. bapam mahal oii. Dah la mangga tu terlajak masam. Hurmm..reda jer lah dah beli. Bubur madu tu agak murah tapi sikir sangat portion nya. Gambar lupa ambik..hehe

Sampai kat rumah lebih kurang pukul 10 lebih. Lepak kejap, tak boleh tidur lewat sebab esoknya nak bangun awal. Selesa jugaklah homestay kami. Cuma part tak best satu jer lam tombol pintu rosak.huhu. Harap tuan rumah peka masalah ni. Yang lain-lain tiada masalah. Oppss..lupa nak bagitahu bilik tidur utama ada aircond tau.😀😀😀. Homestay ni ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berbaloi lah jugak dengan harga yang ditawarkan.

Oklah setakat ini dulu coretan Cik Nor untuk kali ini. Jumpa lagi di entry seterusnya.

Perbelanjaan untuk malam ini :

1. Beli barang kat The Store = RM7.00
2. Beli bubur madu & pulut mangga = RM13.00 ( termasuk gst)
Jumlah perbenlanjaan =RM20.00
Perbelanjaan ini tidak termasuk sekali dengan kakak Cik Nor punya. Ni perbelanjaan Cik Nor sahaja.

7 comments:

  1. good info tu cik nor..kalau nak pergi pasni dah tau dah etika pakaian nak mandi kat situ..thanx cik nor!

    ReplyDelete
  2. Betul tu cik nor. LWOT memang strict sikit. Nak masuk ke kolam air panas dia pun sama.

    ReplyDelete
  3. Berapa jam perjalanan dari Machang tu Cik Nor. Tambun ni tak pernah sampai lagiah. Best tak?

    Hihi...aduhai mmg parah le mencari seluar mandi kat Parkson. Camne le boleh tertinggal tu

    ReplyDelete
  4. aa, ketatkan rules tambun. jenuh jugak ler yg jenis takde baju mndi cam mek ni. lame dah tinggal tambun. rindu pulak rasenya

    ReplyDelete
  5. cik nor duduk homestay kat mana tu..
    kalau time cik nor turun lost world kita ada kat ipoh, boleh jumpa kn..

    ReplyDelete
  6. sedapnyaaa pulut mangga. lama tak makan..

    ReplyDelete
  7. nnt share laa cik nor homestay tu mn tau sy kalu ke sn nnt boleh gak nak menginap kat situ

    ReplyDelete