Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta
Sinopsis Terima Kasih Cinta
Pertemuan antara Raihana dan dua anaknya yang masih kecil, Yaya dan kakaknya Lea, membawa kepada perselisihan dan pertengkaran antara Raihana dan Harris. Dengan desakan bahawa dia tidak memerlukan bantuan Raihana dalam menjaga anak-anaknya, Harris menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya.
Harris (Amar Baharin) merupakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta. Dia juga adalah seorang bapa tunggal yang mempunyai dua orang anak iaitu Yaya dan Lea. Harris baru sahaja berpindah ke kondominium yang lebih berdekatan dengan tempat kerjanya supaya senang dia berulang alik.
Yaya dan Lea masih kecil belum pandai untuk berdikari. Mereka masih mengharapkan belas kasihan seorang ibu. Saat itulah Harris datang melamar mahu memperisterikan Raihana (Anna Jobling) demi anak-anaknya yang sudah menganggap Raihana sebagai ibu mereka. Namun Harris bukan lelaki idaman Raihana. Biarpun sudah menginjak usia, tapi dia belum terdesak untuk menamatkan zaman bujangnya.
Mampukah kebahagiaan jadi milik Raihana jika kasih sayang hanya datang dari Yaya dan Lea sahaja? Cinta bukan segalanya tetapi ia penting dalam membina rumah tangga bahagia. Apakah cinta mampu dimilikinya jika cinta lelaki itu hanya pada arwah isterinya? Atau adakah Raihana sekadar pengasuh dan penjaga kedua-dua orang anaknya?
Lakonan Hebat : Amar Baharin sebagai Dr Harris, Anna Jobling sebagai Wan Raihana, Rita Nadira sebagai Dr Nora, Azrel Ismail sebagai Razman, Aida Khalida sebagai Ummi, Maryam Annisa sebgai Lea, Kiky Hannah sebagai Yaya, Noniswara sebagai Tokma, Azhar Amir sebagai Tokpa, Faez Malek sebagai Dr Adam
Baca juga : Sinopsis Drama Rindu Kasih
ni yg ganti drama rindu kasih tu ya?
ReplyDelete