Breaking News

Menang Cabaran Pengomen Tegar Blog zukidin.com



Assalamualaikum...

Hari ni tiba-tiba tergerak hati nak bula laptop dan blogwalking kat blog-blog pilihan Cik Nor. Siapa yang kena terjah dengan Cik Nor pasti dia akan terjah balik blog Cik Nor.hehe. Yakinnya kamu, macam kamu tu blogger tersohor.haha. Berbalik kepada tajuk di atas, dah lama cabaran ni bermula tapi Cik Nor macam hangat-hangat taik ayam. Mula-mula jer semangat membara nak jadi top komenter. Lepas pada tu jadi taik ayam sejuk dah. Komen bila nampak entry baru jer. Entry lama ..hurmm..dibiarkan sepi.

Masa mula-mula tengok tajuk entry abam kie memang tak jangka masuk dalam list top 5. Bila dah buka full ..alhamdulillah tercalon jugak no.4. Hadiah dia bukan kaleng-kaleng, wang tunai ko. Boleh la buat beli KFC buat raso-raso..haha. 


Oleh kerana Abam Kie dah bagi tempoh sampai bila-bila untuk tuntut hadiah dia, terus Cik Nor tuntut la takut terlupa. Cik Nor bukan setiap hari buka blog. Kalau idea dah ke laut dan ada hal nak kena buat memang malas nak buka laptop. Kadang-kadang berhari tak updates blog. hihi. betul tak Anies?haha

Walaupun nilai hadiah tu nampak biasa ajer bagi mereka yang berduit tapi bagi Cik Nor nampak luar biasa kerana Cik Nor bukan ada pendapat tetap dah sekarang. Bak kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan  dicari. hehe. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit tau...

Terima kasih aban kie, tahun dengan buat lagi cabaran macam ni. Entah-entah tahun depan nama Cik Nor yang tercorot dah. Haha

8 comments: