Ada Yang Tanya, Kenapa Tak Jual Tudung Macam Dulu?
Assalamualaikum..
Rupanya masih ada yang ingat dulu-dulu Cik Nor berniaga tudung. Semua tu dah tinggal sejarah dah. Perniagaan tudung Cik Nor dah lama berkubur.haha. Mesti korang nak tahu kenapa kan? Masa mula-mula berniaga tu best sangat sebab stok tudung sentiasa out of stok. Sedang liga berniaga ada pulak yang caras meniaga tudung macam Cik Nor jugak. Lama-kelamaan pelanggan tudung Cik Nor beralih arah. Banyak stok tudung Cik Nor tak habis dijual. Untuk tidak menanggung rugi, Cik Nor hentikan pengambilan stok baru. Jual mana yang ada kat tangan sahaja. Alhamdulillah..dapatlah juga pulangan modal yang dilaburkan. Yang mana tak habis dijual Cik Nor hadiahkan pada adik beradik dan kaum keluarga terdekat.
Oleh kerana itulah, Cik Nor dah tak berani nak ambik risiko untuk berniaga barang yang memerlukan modal yang besar. Tambahan pula ekonomi negara kita masih belum stabil sepenuhnya. Matawang kita pun masih ada turun naik. Untuk pengetahuan korang stok tudung-tudung yang Cik Nor jual tu, Cik Nor ambil dari negara jiran iaitu Thailand.
Sejak-sejak Covid19 melanda dunia, kami tidak berani untuk ambik risiko untuk berhubung dengan orang luar dari Malaysia. Lagipun Cik Nor sekarang tinggal bersama ibu bapa yang sudah semakin uzur. Cik Nor ambik keputusan untuk jual novel preloved dan juga baju-baju bundle untuk menampung kewangan belanja dapur. Walaupun tak banyak untung tetap enjoy berniaga.
Kalau korang nak tahu Cik Nor berniaga novel preloved ni tak guna modal pun. Novel-novel yang Cik Nor jual ni adalah novel kepunyaan kakak dan kawan baik Cik Nor. Diorang nak clerakan rumah dan diorang bukan muda lagi nak baca novel. Dari dibakar macam tu baik jual murah-murah. Dapatlah juga tampung kewangan yang mana tak mencukupi. Cik Nor pun dapat jugak sikit upah dari hasil jualan ni.hehe. Manakala baju-baju bundle pula Cik Nor ambik dari jiran yang jual baju bundle. Dia pilih yang cantik-cantik dan branded jer. Yang biasa-biasa tu diorang bagi orang kampung.
Cik Nor apalah lagi, dah banyak untuk dipakai. Cik Nor pilih dan jual murah-murah. Kalau kita tak g pilih, dia bakar jer semua tu. Banyak jugak la Cik Nor dapat baju yang cantik-cantik. Dari membazir baik kita jual, boleh tambah pendapatan..hehe.
Baca juga : Adat Berniaga
sama la macam ida. baju kanak-kanak. mula semua bagus..sehari sampai stok esok habis..lepas tu dah banyak persaingan. modal lagi. sekarang ni baju lebih jual dalam shopee..ada bagi kat anak sedara.
ReplyDeleteso kedai tudung tu mmg ada kat thailand je ke mcm mn? dlm malaysia / kelantan mmg tak ada ke? tauke tu tak cari cik nor ke sekarang utk sambung menjual?
ReplyDeletetak apa cik nor. buat apa sahaja yg cik nor enjoy dan dpt hasilkan $$. all the best ya!
Alhamdulillah Cik Nor tak putus asa. Ada rezeki InshaAllah. Tak cuba menjual benda lain ke?
ReplyDeleteAduh bab caras2 ni yang geram kan
ReplyDeletesemoga cik nor terus sukses dlm biz novel preloved...
ReplyDeletesukses terus cik nor. semangaaaat...
ReplyDeleteSemoga cik Nor dimurahkan rezeki
ReplyDeleteMoga makin maju bisnes kecil-kecilan cik nor..eh kat ne nak tengok baju2 cik nor jual tu...nak jugak cuci2 mata, kot ada yang berkenan...hehe..biasa tgk cik nor update kat sosial media, jual novel2 preloved tu je...
ReplyDelete