Breaking News

Sinopsis Drama Budak Tebing 3



Sinopsis Drama Budak Tebing 3

Drama ini meneruskan kisah mengenai sekumpulan remaja yang berhadapan dengan pelbagai masalah serta dugaan dalam hidup masing-masing.

Pada musim terbaharu ini, Arif (Adam Lee) mula berubah sikap selepas diduga dengan pelbagai musibah dalam hidupnya.

Disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja, hubungan Arif semakin renggang dengan adiknya Yoyol (izz Ilham) dan rakannya Talam (Firdaus Ghufran). Kehadiran Kylo yang mula rapat dengan kumpulan budak tebing pula membuatkan Arif kurang senang.

Sementara itu, Ira pula masih dibelenggui trauma akibat diperkosa oleh ayah angkatnya.

Motif watak baharu iaitu Badass lakonan Azhar Sulaiman pula masih menjadi tanda tanya di kalangan penonton. Siapakah Badass dan apakah tujuan sebenar dia mendekati budak-budak tebing?

Adakah Arif akan menerima Kylo sebagai sebahagian budak tebing atau sebaliknya? Kalau nak tahu kesudahannya, anda kenalah tonton drama ini sampai habis.

Lakonan hebat : Adam Lee, Eyka Farhana, Zarina Zainuddin, Firdaus Gufran, Nelissa Nizam dan ramai lagi.

Baca juga : Sinopsis Drama Budak Tebing 2

1 comment: