Breaking News

Bila Bekas Majikan Tidak Prihatin

 

Assalamualaikum..

Seperti yang korang maklum, Cik Nor dah lama berhenti kerja dari syarikat perunding tu. Kalau tak silap dah nak masuk 4 tahun Cik Nor tidak mempunyai pekerjaan tetap. Hanya bergantung kepada  bayaran review dari blog. Ada juga Cik Nor kerja tapi hanya bertempoh sementara. Sekarang lagi sakit sikit nak kerja sebab tak ada kenderaan. maka blog lah jadi punca rezeki Cik Nor.

Berbalik kepada tajuk kat atas, semalam Cik Nor ada terima panggilan dari staf KWSP. Ingat akaun KWSP Cik Nor ada masalah ke apa. Sebabnya Cik Nor masih lagi belum letakan nama pewaris dan akaun pun masih lagi konvensional. Bila nak pergi buat semua tu, tak tahulah sebab tak ada transport. Rupanya staf nak tanya pasal lewat bayar caruman. Dia ingat Cik Nor masih lagi bekerja kat situ sebab dalam data KWSP online masih lagi ada no.phone Cik Nor sebagai personal incas.

Adoi la..dah dekat 4 tahun Cik Nor tak kerja kat situ tak kan tak ada siapa nak tolong edit bahagian personal incas tu. Memang tak dinafikan sebelum  ni ada juga terima panggilan dari staf KWSP tapi heran sangat sebab baru jer berhenti kerja. Mungkin staf yang kerja lagi kat situ tiada masa lagi nak tolong editkan. Bila dah nak masuk 4 tahun Cik Nor dah tak kerja kat situ masih ada lagi no.phone Cik Nor memang agak pelik la. Korang buat apa kat pejabat tu sampai nak tukar no.tel personal incas pun tak sempat.

Nak kata sibuk sangat rasanya tak kot, sebab masa Cik Nor kerja situ. Ada jer masa rilex korang bila bos tak ada kat pejabat. Tolong la prihatin sikit bab-bab staf yang dah tak kerja ni. Diorang pun malas nak ambik tahu dah hal-hal bekas pejabat diorang. Nak kata tahu password atau ID rasanya Cik Nor dah complete tinggal kat diorang sebelum berhenti kerja. Tu baru KWSP, entah-entah nama Cik Nor masih ada lagi dalam senarai pekerja di Kementerian Kewangan. 

Harap semua majikan dapat elert perkara-perkara macam. Nampak remeh tapi kalau selalu memang rimas jugakla sebab kita dah tak kerja situ. No. tel kita pulak jadi mangsa.  Semalam lepas staf KWSP telefon, Cik Nor whatsapp kat salah seorang staf kat situ supaya buang no.telefon Cik Nor dan gantikan dengan orang lain. Kita tengoklah macam mana nanti. Diorang edit ke tak?

Baca juga : Betulkah Keputusan Aku Ini

3 comments:

  1. mcm tak bertanggungjawab je... ishhh mcm mana laa org kita ni nak maju...

    ReplyDelete
  2. Berat nanang ex boss cik nor ni....

    ReplyDelete
  3. uih lepas 4 tahun masih tak update parah tu

    ReplyDelete