Breaking News

Resepi Ubi Kayu Sira Gula Melaka

 


Resepi Ubi Kayu Sira Gula Melaka

Assalamualaikum..

Lama tak kongsi resepi campak-campak Cik Nor kat sini. Mesti ada yang rindu kan? haha. Hari ni terpanggil untuk kongsikan resepi mudah di musim tengkujuh ni. Resepi berasaskan ubi kayu jer. Biasa korang rebuh makan dengan sambal bilis atau kelapa parut jer. Yang ni Cik Nor ubah sikit biar nak moden gitewww. Moh ler kita tengok bahan apa yang di perlukan.

Bahan-bahan :

1. Ubi kayu yang jenis putih. Yang kuning tak best, dia keras sikit. ( Banyak mana ikut suka korang). Yang Cik Nor buat lebih kurang 1/2kg

2. Gula melaka/ Nisan ( 2 ketul)

3. Garam secukup rasa

4. Daun pandan( kalau tak letak pun tak apa)

5. Air untuk merebus

Cara-caranya :

1. Rebus ubi kayu sehingga masak tapi jangan lembik sangat. Letak garam secukup rasa.

2. Toskan air dan biarkan seketika.

3. Masak gula melaka/nisan dengan sedikit air dan masukkan daun pandan. Bila nampak gula melaka dah pekat, masukkan ubi kayu dan gaul sehingga sebati dan gula melaka melekat pada ubi kayu.

4. Boleh lah dihidangkan panas-panas. Nak makan begitu sahaja pun boleh, nak makan bersama kelapa parut pun boleh.

Baca juga : Resepi Pengat Nangka

4 comments:

  1. cik nor tak ada gula nisan boleh ganti gula merah (mcm serbuk tu), kan? ke... rasa dia lain?

    ReplyDelete
  2. kita suka makan ubi kayu cicah dengan sambal. ya allah kak. leleh airliur la. !

    ReplyDelete
  3. sedap tu..dah lama x make sira ubi kayu..masa budak2 dulu ada la make goni...

    ReplyDelete