TOURISM SELANGOR MENGHARGAI SUMBANGAN DAN JASA PENGGIAT MEDIA
Penganjuran Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 mendapat sambutan yang baik dan hangat!
Sebagai Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Tourism
Selangor menganjurkan program FAM (Familiarization) Trip atau Open Day dan
Majlis Makan Malam Apresiasi Media Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba
Komanwel pada 1 Ogos 2022 yang lalu. Program tersebut pada majlis
makan malam telah dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan
Alam Sekitar Negeri Selangor. Seramai lebih 180 orang penggiat media
dalam kalangan wartawan, editor, penulis, blogger, selebriti, KOL, youtuber, dan
banyak lagi telah menyertai program ini yang bermula dari pagi hingga malam pada 1
Ogos 2022 yang lalu.
YB Tuan Hee Loy Sian, dalam satu kenyataan berkata,”Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan rakan-rakan penggiat media yang membantu khususnya memrpomosikan industri pelancongan di Negeri Selangor. Komitmen yang dizahirkan oleh rakan-rakan media ini, amat penting bagi memastika nindustri pelancongan dapat berkembang maju terutamanya dalam persediaan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.Telah terbukti, sepanjang tahun 2021 dan 2022rakan-rakan media kita telah memberikan liputan media yang tinggi bagi mempromosikan inisiatif-inisiatif bantuan kerajaan Negeri, Kempen-kempen promosi, penganjuran acara dan program pelancongan dan juga menyertai program seperti FAM Trip yang dianjurkan oleh Tourism Selangor.”
Encik Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor
berkata,”Untuk tahun ini, pihak Tourism Selangor telah bekerjasama dengan pihak
Resort Taman Eko Rimba Komanwel sebagai penaja lokasi dan program terbahagi kepada
2 bahagian iaitu, sesi FAM Trip atau Open Day yang kitajalankan pada sesi pagi,
dan Majlis Apresiasi Media yang kita jalankan pada sesi petang/malam”.
“Untuk tahun ini, sebanyak 26 kategori anugerah dan penghargaan yang
kita perkenalkan untuk diberikan kepada rakan-rakan media yang hadir pada malam ini.
Sesi penilaian diambil kira, jumla hliputan serta nilai konten yang
diwar-warkan dalam pelbagai platform media.” Tambah beliau.
Antara kategori penghargaan dan anugerah yang diberikan pada tahun ini adalah seperti Liputan Media Terbaik, Video Travelog Terbaik, Majalah Pelancongan Terbaik, Wartawan Terbaik, Konten Media Sosial Terbaik, Program TV Terbaik dan banyak lagi.
Berikut merupakan senarai kategori anugerah dan
senarai nama-nama pemenang bagi Tahun 2022.
BIL. |
KATEGORI ANUGERAH |
PENERIMA ANUGERAH MEDIA / INDIVIDU |
1. |
Liputan
Media Terbaik : Kategori Bahasa Melayu |
SelangorKini |
2. |
Liputan
Media Terbaik : Kategori Bahasa Cina |
Sin Chew Daily |
3. |
Liputan
Media Terbaik : Kategori Bahasa Tamil |
MakkalOsai |
4. |
Liputan
Media Terbaik : Kategori Bahasa Inggeris |
The Star |
5. |
Liputan
Media - Majalah Pelancongan Terbaik |
Gaya Travel Magazine |
6. |
Liputan
Media – Kategori Majalah Fotografi Terbaik |
PCP Publications |
7. |
Liputan
Media MelaluiTelevisyenTerbaik |
TV3(Media Prima) |
8. |
Liputan
Media Melalui Radio Terbaik |
Bernama Radio |
9. |
Liputan
Media Melalui Portal Online Terbaik : Portal
Berita (Bahasa Melayu) |
SinarHarian |
10. |
Liputan
Media Melalui Portal Online Terbaik : Portal Berita
(Bahasa Inggeris) |
Free Malaysia Today |
11. |
Liputan
Media Melalui Portal Online Terbaik : Portal
Berita (Bahasa Cina) |
China Press |
12. |
Liputan
Media Melalui Portal Online Terbaik : Portal
Gaya Hidup |
mStar Online |
13. |
Liputan
Media Melalui Portal Online Terbaik : Portal
Hiburan |
Budiey |
14. |
Liputan
Media Melalui Portal Online Terbaik : Portal
Viral |
Oh! Media |
15. |
Wartawan
Media Massa Terbaik |
Zareef Muzammil(SelangorKini) |
16. |
Wartawan
Media PelanconganTerbaik |
Datuk Azlie Halim(Santai Travel) |
17. |
Konten
Media SosialTerbaik : Facebook |
Backpackerz |
18. |
Konten
Media SosialTerbaik : Youtube |
FikriZamri |
19. |
Konten
Media SosialTerbaik : TikTok |
Selangor TV |
20. |
Konten
Media SosialTerbaik : Twitter |
Jomkitamy |
21. |
Konten
Media SosialTerbaik : Instagram |
Nazirul Hakim(@iamnazirul) |
22. |
Konten
Travelog Terbaik : KategoriYoutube |
Rare TV |
23. |
Konten
Travelog Terbaik : Kategori Program TV |
TV Alhijrah |
24. |
Liputan
Di Blog Terbaik |
Travellah.my |
25. |
Program
Lawatan (FAM Trip) Terbaik |
Locco.my |
26. |
Personaliti
Media Sosial Global Terbaik |
Kumaar Family |
Majlis ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada pihak media yang selama ini telah memberi sokongan padu dan tanpa jemu terutamanya terhadap program-program dan isu-isu berkaitan pembangunan dan usaha-usaha Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor dalam memacu kemajuan dalam bidang pelancongan.
Resort Taman Eko Rimba Komanwel di Rawang menjadi pilihan Tourism Selangor sebagai lokasi penganjuran program untuk memperkenalkan tarikan pelancongan dan aktiviti yang berkonsepkan eko pelancongan seperti, Glamping, Jungle Trekking, ATV, Aktiviti kayak dan banyak lagi.
Resort Taman Eko Rimba Komanwel terletak
di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menghala ke Rawang, kira-kira 24km
ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3km dari Bandar Rawang. Tarikan ini merupakan hutan simpan
yang besar dengan keluasan lebih 260 hektar dalam spesies diterokarpa tanah rendah bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching
dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Commonwealth Eco Forest Park & Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993, taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang disediakan dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.
RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
Baca juga : Luangkan Cuti 'Staycation' Anda di 8 Tempat Glamping
Besar jasa penggiat media nie..
ReplyDeleteYang no.26 je tau..sebab selalu tengok youtube dia...
ReplyDeleteprogram yang sangat menarik
ReplyDeleteTeringin nak melancong ke selangor esp ke sg besar n sekinchan...
ReplyDeletetourism ni salah satu cabang income kerajaan negeri..lepas pandemik kena restart balik buat event dan promotion..ini salah satunya
ReplyDeleteProgram tersebut pada majlis makan malam telah dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor.
ReplyDeletevisit link my websiteTel-U
Thanks for a great information.
ReplyDeletePlease visit our web :
Haekal
Haekal
Haekal