Breaking News

Sinopsis Siri Seram - Remang

 


Assalamualaikum..

Mesti korang tengok kan malam tadi siri seram terbaru kat TV3 ni. Siapa yang penakut sila jangan tengok sebab seramnya tak adalah seram sangat. Seram biasa-biasa jer lah.haha. Siri ni bukan lebih ke arah seram tapi ke arah membuat kita berfikir kenapa ia terjadi. Eh, kita pula yang nak kena fikir masalah orang dalam siri tu.hihi.

Episod malam tadi kisah sepasang suami isteri yang menyambut ulangtahun perkahwinan di sebuah villa mewah yang jauh dari kesibukan kota. Kalau Cik Nor kat tempat diorang tu, Cik Nor tak pergi kot tempat tu berdua. Dahla berdua, villa besar nak matey.. Dah la Cik Nor ni penakut kalau dok rumah besar-besar.

Dah la pemulaan cerita ada tangisan bayi, lepas tu ada orang menyanyi pulak. Ishh..kalau Cik Nor malam tu jugak terus balik rumah sendiri. Tak sanggup nak tunggu siang dah..haha. Ingatkan kenapa la saka tu mengacau pasangan suami isteri tu, rupanya si suami pernah ada hubungan dengan si mati. Dah la buat hubungan terlarang, si mati tu mengandung tak nak pulak bertanggungjawab. Siap boleh suruh gugurkan kandungan pulak. Akhirnya si mati meninggal kerana kecewa dan tertekan dengan cacian orang kampung.

Untuk episod malam tadi, watak utama dilakonkan oleh Emma Maembong dan Azriel Ismail.

Baca juga : Sinopsis Drama Risik Pada Hati

3 comments:

  1. owh baru tau ada siri seram kat tv...tapi lewat sangat tu 11 malam..kena ada peneman ni kalau nak tengok. hihi.

    ReplyDelete
  2. episode dimalam ini sangat menarik dan lebih menakutkan

    ReplyDelete
  3. memang idak lah nak tengok..sis penakut..haha..wpun tak seram sangat tapi nama citer hantu, mmg pangkah besor tak masuk dalam list untuk tengok..hehe...

    ReplyDelete