Breaking News

Kebaikan Halia

Assalamualaikum..

Halia adalah sejenis bahan biasa yang boleh ditemui dalam ubatan tradisional di seluruh dunia.Ia sangat kaya dengan bahan kimia semula jadi yang dapat memperbaiki tahap kesihatan anda.

Walaupun masih terdapat banyak kajian yang perlu dilakukan untuk lebih memahami dan membuktikan keberkesanan tumbuhan ini dalam kesihatan, terdapat beberapa kebaikan halia untuk kesihatan yang tidak dapat dinafikan.

1. Mencegah kuman dalam tubuh badan

Sebatian kimia tertentu dalam halia segar dikatakan dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan kuman. Ia juga dikatakan sangat baik untuk menghentikan pertumbuhan bakteria seperti E.coli dan shigella.

Disebabkan sifatnya yang mampu mencegah kuman dalam tubuh badan, ia dapat membantu kita untuk mencegah penyakit yang biasa seperti demam, selesema, batuk.

Jadi, jika anda mengalami tanda-tanda awal demam, selesema atau batuk, maka bolehlah anda gunakan tumbuhan ini sebagai “home remedy” atau rawatan di rumah.

Apa yang anda boleh lakukan ialah mengunyah halia segar atau rendam ia setelah dicincang ke dalam air panas dan minum dua hingga tiga kali sehari sehingga simptom mulai kebah.

2. Menguatkan imunisasi tubuh badan

Halia dapat membantu dalam memperbaiki imunisasi dalam tubuh badan. Dengan pengambilan hirisan kecil pada setiap hari, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dan tersekat di dalam saluran arteri.

Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol. Ia adalah sejenis agen yang mampu mencegah dan membunuh sel kanser. Ia sangat membantu terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.

3. Halia boleh membantu sistem penghadaman

Salah satu manfaat halia ialah berkaitan sistem penghadaman. Pengambilan tumbuhan ini menggalakkan pundi hempedu untuk merembeskan cecair yang berwarna coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’.

Ia merupakan bahagian pada tumbuhan ini yang mampu membantu merangsang sistem penghadaman manusia. Selain itu, ia juga mampu melegakan sembelit, kekejangan dan kembung perut yang disebabkan oleh gastritis.

Jadi, kita boleh cuba ambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk membantu sistem penghadaman.

4.  Mengurangkan pening kepala kronik

Jika anda kerap mengalami pening kepala, cuba kunyah sedikit halia mentah atau rebusnya di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil.

Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan pada dahi juga dikatakan dapat membantu mengurangkan pening kepala.

5. Memastikan kitaran darah normal

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang mampu membantu meningkatkan kitaran darah dan mampu membantu mencegah kita daripada demam dan mengalami peluh yang berlebihan.

Dalam satu kajian kecil yang dilakukan, menyatakan tumbuhan ini mungkin dapat membantu tubuh badan untuk menggunakan insulin dengan lebih baik.

Ia juga dikatakan dapat membantu memperbaiki tahap gula dalam darah untuk individu yang mengalami diabetes.

Menurut pengkaji yang lain pula, dikatakan halia mungkin dapat membantu tubuh badan untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah.

Ini sekali gus dapat membantu mencegah individu daripada mengalami sakit jantung.

6. Melegakan mabuk perjalanan dan mabuk laut

Walaupun kajian mendapati tiada bukti saintifik untuk menyokong keberkesanan halia dalam mencegah mabuk perjalanan dan mabuk laut, ramai yang percaya bahawa mereka berasa lebih baik jika mereka mengambil tumbuhan ini sebelum memulakan perjalanan.

Walau bagaimanapun, satu kajian menunjukkan bahawa tumbuhan ini mungkin lebih berkesan daripada Dimenhydrinate – ubat yang biasa digunakan untuk melegakan sakit perut dikaitkan dengan mabuk.

7. Kebaikan halia: Mencantikkan kulit wajah

Jika anda inginkan kulit wajah yang bersih, putih, lembut, bersinar-sinar dan awet muda, anda boleh amalkan pengambilan tumbuhan ini.

Hanya dengan menggunakan halia dengan campuran cuka sahaja, ia dapat membantu menghilangkan kesan parut hitam di wajah lalu menjadikan kulit lebih licin serta bebas cela.

Caranya, mudah sahaja. apa yang anda perlu lakukan ialah rendamkan hirisan tumbuhan ini ke dalam cuka dan simpan di dalam peti sejuk.

Kemudian gosok muka anda menggunakan hirisan halia yang telah direndam tadi selama 10 minit. Selepas itu bersihkan muka dengan air bersih dan ketulan ais.

Kini anda telah mengetahui manfaat halia. Mulai hari ini, jom manfaatkan kebaikan halia ini dalam kehidupan kita.

Baca juga : Khasiat Kunyit

No comments