Breaking News

LUANGKAN CUTI ‘STAYCATION’ ANDA DI 8 TEMPAT GLAMPING TERBAIK DI NEGERI SELANGOR

 Alami keindahan alam semulajadi di Negeri Selangor dengan penuh gaya, ‘Glamping’ adalah pilihan yang terbaik!

Negeri Selangor sangat terkenal dengan destinasi pelancongan yang berkonsepkan eko dan pemandangan alam semulajadi yang cantik serta menakjubkan. Destinasi ini menjadi pilihan pecinta alam semulajadi dan ‘outdoor’. ‘Glamping’ atau ‘Perkhemahan Dengan Penuh Gaya” merupakan satu salah satu ‘trend’ pelancongan yang mendapat perhatian ramai. Mungkin ada pelancong yang tidak suka menginap dalam khemah biasa kerana kurang berasa selesa. Tetapi dengan ‘Glamping’, anda boleh menginap dengan menggunakan khemah biasa, tetapi dengan lebih selesa dan penuh gaya. Kebiasaanya, glamping menyediakan kemudahan- kemudahan yang ‘extra’ seperti set tilam, kipas, lampu, dan decokari dalaman yang menarik. Bayangkan kita boleh menghabiskan hari cuti, dengan berenang di kolam renang semasa matahari terbenam, sambal berehat dengan secawan teh, dan membua aktiviti mendaki serta meredah kehijauan alam sekitar yang subur. Glamping dapat menyediakan pengalaman ini, dan ianya salah satu cara yang terbaik untuk kita melihat dan menikmat landskap Selangor yang menakjubkan. Berikut ialah senarai 8 tempat glamping yang cantik dan menarik yang patut anda kunjungi di Negeri Selangor!

 

1. Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang

Terdapat hutan yang hijau dan luas di sekitar Resort Taman Eko Rimba Komanwel, menjadikany ataman resort yang indah. Tempat ini menyediakan percutian yang sempurna untuk hujung minggu yang santai. Jika anda dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Rawang, singgahlah di Taman Hutan Komanwel, yang terletak betul-betul bersebelahan dengan laluan utama. Seperti namanya, Taman Eko Rimba Komanwel menggabungkan hutan tebal dengan taman yang indah, tasik dan pelbagai ciri lain untuk menyediakan pelancong dengan suasana yang indah di dalam hutan. Jika anda ingin pergi berkhemah pada hujung minggu, anda harus menempah tapak perkhemahan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal. Boleh dikatakan bahawa tapak perkhemahan di tepi tasik adalah pilihan utama oleh para pelancong di sini. Hutan yang indah dan menghijau menyelubungi taman. Laluan mendaki juga boleh diakses oleh semua orang dari semua peringkat umur.

2. River & Glamp, Batu Caves

Untuk Glamping, kita perlu pergi ke lokasi yang tepat dan semestinya mempunyai pandangan yang inda hkhsusnya di tepian sungai di Negeri Selangor. The River & Glamp yang teletak di Gombak ini terletak kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari Batu Caves. Lokasi glamping iniyang canti kini sudah pasti akan menyerlahkan ciri-ciri terbaik alam semulajadi untuk para pelancong. Untuk memenuhi permintaan, pakej yang disediakan adalah termasuk tiga hidangan iaitu, sarapan pagi, makan tengahhari dan makan malam, semuanya disajikan dalam suasana gaya glamping.

3. Dusun Bonda, Batang Kali

Dusun Bonda yang terletak di Batang Kali, Hulu Selangor yang mulanya merupakan sebuah vila kecil milik orang persendirian. Disini kini terdapat juga tapak Glamping dan perkhemahan yang disusun di dalam dusun buah-buahan untuk kita menginap. Hal ini dapat menyediakan penginapan yang santai dalam suasana yang indah kepada para tetamu yang datang. Dusun Bonda juga menyediakan kemudahan yang mesra untuk kanak-kanak seperti air terjun dan kolam buatan. Keindahan kawasan dan susunan aktiviti pengalaman yang menarikuntuk glamping menjadi keutamaan kepada Dusun Bonda kepada tetamu mereka.

4. Skycamp By Rimba Segara, Hulu Langat

Skycamp by Rimba Segara merupakan tarikan terbaru terletak di kawasan Hulu Langat. Pengalaman glamping di sini dapat merasai suasana yang indah dengan sungai dan air terjun di tengah-tengah kebun tropika dan hutan di daerah Hulu Langat. Kawasan ini juga mempunyai gerai makanan dan kedai buah-buahan yang menarik di sepanjang jalan. Para penginap glamping juga boleh membawa makanan sendiri untuk dimasak. Kemudahan seperti peti sejuk dan semua peralatan memasak, termasuk gas juga disediakan. Kawasan Glamping ini diuruskan dengan kepekaan dan mesra alam sekitar. Penggunaan plastik dan Styrofoam adalah dihadkan.

5. The Sticks, Kuala Kubu Bharu

The Sticks merupakan resort eko yang terletak di dalam Kawasan hutan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Ianya dibina di atas tapak bekas lombong bijih timah dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar. Resort ini menjana tenaga elektrik melalui tenaga suria dan memperoleh punca air daripada aliran tempatan serta dibangunkan dengan konsep mesra alam. Para tetamu dapat meluangkan masa di ruang penginapan di dalam hutan yang dilengkap dengan katil yang selesa, selimut mewah, kipas siling dan pemanas air. Kesemua tempat penginapan dalam 12 rumah adalah unik yang dipanggil sebagai 'tendok'. Tendok merupakan gabungan perkataan antara khemah dan pondok. The Sticks direka untuk memastikan pengalaman penginapan yang baik kepada alam semulajadi dan mengutamakan keselesaan. Para tetamu boleh berehat dan menikmati alam sekitar sambil bersantai di buaian, berenang dan terapung di sepanjang sungai, atau menjamu selera dengan hidangan lazat yang dimasak sendiri untuk memastikan keselesaan semasa penginapan mereka.

6. The Hid3out, Batu Caves

The Hid3out terletak di Sungai Tua, Batu Caves Selangor. Glamping di The Hid3out ialah cara terbaik untuk merasai aktiviti perkhemahan dengan lebih menarik. Para pengunjung tidak perlu risau dari segi kemudahan kerana di sini terdapat kelengkapan glamping yang telah disediakan. Antaranya seperti tilam, tandas dan lain-lain perkhidmatan. Para pengunjung juga boleh menggunakan ruang BBQ untuk menyediakan makanan dan menikmati penginapan mereka dengan baik.

7. Alpine Camp, Hulu Langat

Siapa kata anda tidak boleh menikmati keindahan semulajadi semasa walaupun berada di kawasan berdekatan dengan bandar? Alpine Camp menyediakan pengalaman glamping dengan suasana alam semulajadi yang berlatar belakangkan Sungai Lui dan Gunung Hitam. Terdapat lima khemah glamping disediakan, setiap satunya boleh memuatkan sehingga empat orang. Alpine Camp juga mempunyai surau dan dewan makan untuk kemudahan pengunjung. Pengunjung juga dapat menikmati keindahan sungai berdekatan dan ianya selamat untuk kanak-kanak.

 

8. Camp Out, Sunway Lagoon

"Camp Out!" adalah pengalaman perkhemahan yang berkonsepkan glamping pertama di Sunway Lagoon. Ianya juga glamping yang pertama yang terletak di taman tema. Camp Out, Sunway Lagoon akan memberikan pengalaman taman tema terbaik mereka dari pagi hingga ke malam. Pengalaman ini merupakan versi yang lebih baik daripada aktiviti perkhemahan yang biasa kita lakukan. Ianya lengkap dengan makan malam barbeku, ruang kolam renang peribadi dan peluang untuk tidur di tengah-tengah taman tema Sunway Lagoon! Sudah pasti ia akan menjadi malam terbaik dalam hidup anda!

Baca juga : 4th Tourism Selangor Golf Tournament

3 comments:

  1. bestnya glamping .tidur pun selesa

    ReplyDelete
  2. Menarik menginap gaya glamping ni. Terima kasih share Kak Nor. Next time senang nak plan kalau nak staycation di Selangor.

    ReplyDelete