Kelebihan Puasa Sunat Muharam
Assalamualaikum..
Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakan puasa sunat.
Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam.
Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).
Manakala solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (qiamullail).
Antara kelebihan bagi mereka yang berpuasa di hari ke 9 dan ke 10 Muharam :
1) Sunat berpuasa pada 10 Muharam, berdasarkan hadis bahawa berpuasa pada 10 Muharam memiliki fadilat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.
2) Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharam mengiringi 10 Muharam kerana ini perintah Rasulullah SAW agar menyelisihi amalan kaum Yahudi pada zaman baginda.
3) Ulama juga menyatakan jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka berpuasalah pada 10 dan 11 Muharam.
5) Menurut kenyataan di atas, mazhab Syafi’ie mengharuskan berpuasa pada 10 Muharam sahaja walaupun tanpa iringan puasa pada 9 Muharam.
InSyaAllah Mrs. A puasa Asyura hari ini
ReplyDeleteJemput ke blog saya https://putribalkish.blogspot.com/
ReplyDelete