Breaking News

Apa Itu Bell's Palsy


Assalamualaikum

Penyakit Bell’s Palsy juga dikenali sebagai palsy saraf periferi akut tidak diketahui puncanya dan boleh berlaku pada semua peringkat umur. Dipercayai ianya berlaku akibat pembengkakan dan keradangan saraf yang mengawal otot pada sebelah muka. Bell’s Palsy juga boleh berlaku setelah jangkitan virus.

Pada kebanyakan orang, Bell’s Palsy adalah sementara dan akan pulih dalam beberapa minggu dan pemulihan sepenuhnya dalam 6 bulan. Jarang kali Bell’s Palsy kekal seumur hidup atau datang semula.

Tanda dan simptom Bell’s Palsy

Tanda dan simptom Bell’s palsy termasuklah:

  • Kelemahan otot yang separa atau sepenuhnya pada sebelah muka – berlaku dalam beberapa jam atau hari
  • Susah melakukan ekspresi muka seperti senyum atau menutup mata
  • Air liur meleleh
  • Sakit di sekeliling rahang atau belakang telinga di sebelah yang terlibat
  • Sensitiviti terhadap bunyi meningkat di sebelah yang terlibat
  • Sakit kepala
  • Hilang deria rasa
  • Penghasilan air liur berkurang atau bertambah

Terdapat kes yang jarang di mana melibatkan kedua-dua belah muka.

Punca Bell’s palsy

Walaupun punca Bell’s palsy masih tidak diketahui, selalunya ia dikaitkan dengan jangkitan virus. Virus yang dikaitkan dengan Bell’s palsy termasuk:

  • Cold sores dan genital herpes (herpes simplex)
  • Cacar Air (Chickenpox) dan shingles (herpes zoster)
  • Infectious mononucleosis (Epstein-Barr)
  • Jangkitan Cytomegalovirus
  • Jangkitan salur pernafasan (adenovirus)
  • German measles (rubella)
  • Beguk (mumps virus)
  • Selsema (influenza B)
  • Penyakit tangan, kaki dan mulut (coxsackievirus)

Saraf yang mengawal otot muka perlu melepasi satu saluran pada tengkorak muka untuk tiba di otot tersebut. Dalam kes Bell’s palsy, saraf ini menjadi bengkak dan keradangan – selalunya dikaitkan dengan jangkitan virus. Selain otot muka, saraf tersebut juga mengawal pengeluaran air mata, air liur, deria rasa dan tulang kecil di dalam telinga.

Faktor Risiko

Bell’s palsy lebih banyak terjadi pada:

  • Orang mengandung, terutamanya pasa trimester ketiga, atau minggu pertama selepas beranak
  • Mengalami jangkitan saluran pernafasan seperti selsema dan batuk
  • Menghidap kencing manis

Serangan berulang untuk Bell’s palsy adalah jarang. Tetapi ada kes yang melibatkan sejarah keluarga mempunyai Bell’s palsy berulang – mungkin kerana faktor genetik yang mudah terdedah kepada Bell’s palsy

Baca juga : Apa Itu Split Personality?

1 comment: