Breaking News

T-shirt Polos Lengan Panjang Boxy.my Idaman Hati

Assalamualaikum..

 Musim-musim panas macam sekarang ni, kena cari baju yang sesuai bila nak keluar rumah. Kalau silap pilih baju memang rasa dok dalam oven lah jawabnya. Menggelupur panas macam kena bakar lah jawabnya. Cik Nor pun jenis cerewet juga kalau bab membeli t-shirt. Tengok kain masa nak beli rasa macam tak panas, bila dah pakai terasa nak buang terus baju tu. Memang itu lah kali pertama dan terakhir pakai.

Nasib baik lah Cik Nor diperkenalkan dengan t-shirt yang berkualiti dari Boxy.my. Apa Boxy.my ni? Boxy.my merupakann kedai menjual baju tshirt  berkualiti tinggi dalam talian dengan harga mampu milik. Ia telah ditubuhkan sejak tahun 2009 lagi tau. T-shirt yang di jual tak ada dijual diluar talian yer. Hanya boleh dibeli dalam talian kerana mereka menjaga kualiti setiap produk mereka.


Antara tshirt yang boleh di beli di kedai dalam talian Boxy.my ialah : 

- Microfiber t-shirt

- Cotton t-shirt

- Polo t-shirt


Microfiber t-shirt adalah salah satu koleksi mereka yang paling popular. Ia dibuat dengan kain mikrofiber yang berkualiti tinggi dan cepat kering. T-shirt ini sesuai untuk bersantai dengan kawan-kawan atau sebagai jersi untuk acara sukan. Terdapat banyak pilihan Microfiber t-shirt ini. Antaranya gaya polo, leher bulat, lengan panjang dan lengan pendek.



Premium Cotton Casual Tee

T-shirt ini dibuat menggunakan 100% kain kapas premium, selesa, lembut, berkualiti tinggi dan sesuai dipakai untuk bersantai ataupun bersukan. T-shirt ini sesuai untu lelaki dan wanita. Saiz yang ditawarkan bermula dari saiz S sehingga saiz XXXL.

Polo T-Shirt

Polo t-shirt ada 2 jenis :

> Microfiber Polo T-Shirt

> Cotton Polo T-Shirt



Microfiber Polo T-Shirt ini sesuai dipakai untuk majlis rasmi, acara santai ataupun acara suka. Sesiapa sahaja yang mengenakan t-shirt ini akan kelihatan segak dan bergaya kerana rekaannya begitu ekslusif. T-shirt ini juga sesuai untuk percetakan sutera, sulaman atau pun percetakan transfer.



Cotton Polo T-shirt ini dihasilkan menggunakan 100% kain cottan. Sesuai dipakai untuk majlis separa formal. Terdapat 5 warna ditawarkan iaitu putih, hitam, merah, hijau dan biru.

Cara nak order pun senang jer. Cuma pilih baju mana yang kita mahukan dan berapa helai yang kita hendak beli.


Kemudian isi semua maklumat untuk penghantaran. Jangan tertinggal satu pun yer. Kesilapan kita menyebabkan barang tidak sampai ke tangan kita. Hati-hati sewaktu mengisi maklumat penghantaran tau.

Akhir sekali pilih cara pembayaran yang paling senang korang buat. Dah selesai buat pembayaran, tunggu barang sampai depan pintu rumah jer. Mudahkan beli baju dalam talian ni. Tak sampai RM50 dah dapat sehelai baju. Murah dan berbaloi.


Cik Nor dah dapakan sehelai Microfiber T-shirt berlengan panjang. Pandangan pertama memang rasa krik-krik sikit tapi bila dah pakai. Oh..wow. Nampak macam kain panas tapi sangkaan itu meleset. Kainnya tidak panas kerana dihasilkan menggunakan kain yang berkualiti tinggi. Walaupun apa aktiviti yang Cik Nor lakukan tetap menjadi pilihan. Untuk ke acara sukan atau sebarang majlis tidak formal, t-shirt inilah yang menjadi pilihan utama Cik Nor. Dah la harga murah, kain pula berkualiti tinggi. Memang kenalah dengan citarasa Cik Nor. Korang tak nak cuba ke t-shirt dari Boxy.my ni?


Cepat dapatkan t-shirt dari Boxy.my ni sebab sekakarng tengah ada promosi. Rugi tak grab.



2 comments:

  1. Murahnya harga nanti nak g tengok gak la

    ReplyDelete
  2. Best pakai Tshirt jenis material microfiber ni. Selesa tak melekap kat badan.

    ReplyDelete