Breaking News

Performance On Google Search For July 2021


Assalamualaikum..

Wah, rasanya bulan Jun Cik Nor tak updates kot pasal Performance ni. Tadi search entry nya macam tak keluar. Ataupun Cik Nor letak keywords lain. Argh..biar lah. Janji yang ni Cik Nor updates. Bukan penting pun updates performance ni. Cuma untuk jadikan panduan bila penyakit M datang menyerang. hehe.

Bulan Julai ni macam merosot sedikit performance nya. Mana tidaknya, malas nak updates blog punya pasal. Kalau ada pembaca yang datang tu, mereka selongkar baca entry yang lama jer. haha. Nak buat macam mana dah empunya blog kena penyakit M. Korang kena reda bila kena baca entry 
lama-lama tu.

Bulan ni raya Qurban kan? Patutlah tengok dalam carian banyak yang dok cari resepi daging. Tak sangka juga bila letak resepi campak-campak ramai jugak yang suka cari. Resepi campak-campak Cik Nor bukan campak biasa tau tapi campak jadi sedap tau..hehe. Nak memasak apa-apa pun jangan ikut 100% resepi. Kadang-kadang ikut 100% pun tak sedap dan tak jadi juga. Kita kena olah mengikut citarasa kita baru sesedap rasa.

Eh..dah macam chef la pulak Cik Nor ni. Cik Nor kongsi dalam ni semua resepi yang Cik Nor dah masak. Kalau yang tak pernah masak Cik Nor tak kongsi. Silap haribulan tak jadi dan tak sedap, mesti kena marah dengan pembaca blog Cik Nor. haha. Tak gitu korang?

Eh..dah panjang nau merapu ni. Macam mana dengan performance blog korang?Mesti hot dan kebaboom kan? Jom la kongsi-kongsi mana tahu boleh up pageview.

Baca juga : Performance On Google Search For May 2021

6 comments:

  1. Berhabuk dah kot blog kita tu. Tak sempat nak update

    ReplyDelete
  2. sy pon kdg dtg ari malas.. bukak blog pon malas..
    apatah lg nk update entry.. haha..
    kalo dtg rajin sume blog sy jengjalan.. hihi

    ReplyDelete
  3. Betul tu entri resepi hok ramai cari, Hok campak² tu la yang sedap hihihi

    ReplyDelete
  4. Tahniah Kak Nor. Takpe, pasni mesti vitamin R datang boleh naikkan semula.

    ReplyDelete
  5. Musim pandemik ni entry masak memasak memang laris orang cari

    ReplyDelete