T-shirt Polos Lengan Panjang Boxy.my Idaman Hati
Assalamualaikum..
Musim-musim panas macam sekarang ni, kena cari baju yang sesuai bila nak keluar rumah. Kalau silap pilih baju memang rasa dok dalam oven lah jawabnya. Menggelupur panas macam kena bakar lah jawabnya. Cik Nor pun jenis cerewet juga kalau bab membeli t-shirt. Tengok kain masa nak beli rasa macam tak panas, bila dah pakai terasa nak buang terus baju tu. Memang itu lah kali pertama dan terakhir pakai.
Nasib baik lah Cik Nor diperkenalkan dengan t-shirt yang berkualiti dari Boxy.my. Apa Boxy.my ni? Boxy.my merupakann kedai menjual baju tshirt berkualiti tinggi dalam talian dengan harga mampu milik. Ia telah ditubuhkan sejak tahun 2009 lagi tau. T-shirt yang di jual tak ada dijual diluar talian yer. Hanya boleh dibeli dalam talian kerana mereka menjaga kualiti setiap produk mereka.
Antara tshirt yang boleh di beli di kedai dalam talian Boxy.my ialah :
- Microfiber t-shirt
- Cotton t-shirt
- Polo t-shirt
Microfiber t-shirt adalah salah satu koleksi mereka yang paling popular. Ia dibuat dengan kain mikrofiber yang berkualiti tinggi dan cepat kering. T-shirt ini sesuai untuk bersantai dengan kawan-kawan atau sebagai jersi untuk acara sukan. Terdapat banyak pilihan Microfiber t-shirt ini. Antaranya gaya polo, leher bulat, lengan panjang dan lengan pendek.
Premium Cotton Casual Tee
T-shirt ini dibuat menggunakan 100% kain kapas premium, selesa, lembut, berkualiti tinggi dan sesuai dipakai untuk bersantai ataupun bersukan. T-shirt ini sesuai untu lelaki dan wanita. Saiz yang ditawarkan bermula dari saiz S sehingga saiz XXXL.
Polo T-Shirt
Polo t-shirt ada 2 jenis :
> Microfiber Polo T-Shirt
> Cotton Polo T-Shirt
Microfiber Polo T-Shirt ini sesuai dipakai untuk majlis rasmi, acara santai ataupun acara suka. Sesiapa sahaja yang mengenakan t-shirt ini akan kelihatan segak dan bergaya kerana rekaannya begitu ekslusif. T-shirt ini juga sesuai untuk percetakan sutera, sulaman atau pun percetakan transfer.
Cotton Polo T-shirt ini dihasilkan menggunakan 100% kain cottan. Sesuai dipakai untuk majlis separa formal. Terdapat 5 warna ditawarkan iaitu putih, hitam, merah, hijau dan biru.
Cara nak order pun senang jer. Cuma pilih baju mana yang kita mahukan dan berapa helai yang kita hendak beli.
Murahnya harga nanti nak g tengok gak la
ReplyDeleteBest pakai Tshirt jenis material microfiber ni. Selesa tak melekap kat badan.
ReplyDelete