Breaking News

Al-Fatihah Buat Siti Sarah Binti Raissuddin

Sumber Gambar Dari Google

Assalamualaikum..

Bangun subuh pagi ni buat whatsapp dan amat terkejut bila baca perkhabaran duku tentang penyanyi Siti Sarah. Sejak dia dimasukkan ke wad kera oksigen dalam badan berkurangan. Sejak itu lah Cik Nor selalu belek IG suami dia Shuib untuk mengetahui perkembangan arwah. 

Bila baca dia telah ditidur, Allah rasa nak gugur jantung ni. Pada hari yang sama dia ditidurkan, pembedahan mengeluarkan bayi yang dikandungnya juga dilakukan. Allah..berat sungguh dugaan arwah. Alhamdulillah bayi pra-matang selamat dikeluarkan dan sekarang telah memberi ransangan positif dan telah membuka mata.

Sehari selepas bayi dalam kandungan dikeluarkan, paras oksigen telah naik sehingga ke paras 90. Alhamdulillah..masa tu berharap sangat arwah pulih dan sihat semula. Tapi perancangan Allah tiada siapa yang mengetahui.  Malam tadi paras oksigen kembali drop sehingga  tahap 40. 

Allah lebih sayangkan arwah, sebelum subuh pukul 5.13 pagi dia telah menemui penciptaNYA semula. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin..al-Fatihah

4 comments:

  1. Salam takziah buat ahli keluarga mereka
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  2. Semoga ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.

    ReplyDelete
  3. sebak sgt berita kematian arwah. sampai harini terasa.

    ReplyDelete
  4. Sebak baca semalam. tengok IG,FB, Tik Tok semua share video arwah & suami, meleleh air mata ni. Sampai pening kepala smlm asyik menangis duk tgk kisah diaorang kat social media. Bila tengok Shuib buat live ptg smlm, lagi lah laju air mata ni. Tengok sikit je. tak boleh nak tgk sampai habis.

    ReplyDelete