Breaking News

Ridel Boutique Hotel Menjanjikan Kelainan Dan Keselesaan Kepada Pengunjung

“Sebut kata negeri Kelate..

Penuh dengan Seni Budaya

Sebut kata negeri Kelate

Tanah serendah sekebun bunga

Tempat molek sereto come

Penuh dengan seni budaya”

Bila terdetik nak datang bercuti ke Kelantan mesti teringat baik-baik lagu kat atas tu.  Mana tak nya macam – macam planning dah bermain di kepala. Kejap nak shopping kat situ, kejap nak pergi jalan ke pantai. Eh macam-macam lah. Yang penting perancangan kena rapi supaya tidak terlepas tempat-tempat yang kita hendak tujui.

Tempat utama para pengunjung  tujui bila datang ke Kelantan mesti lah Wakaf Che Yeh. Kalau tak datang sini memang rugi dan kecewa lah bila dah balik negeri masing-maasing. Ye lah kan, macam-macam aada kat Wakaf Che Yeh ni. Korang nak apa? Pakaian, makanan, perhiasan rumah, semua ada disini. Pendek kata syurga membeli-belah korang bila dating ke Kelantan.

Shopping, shopping juga tapi tempat menginap jangan dilupa. Mesti korang naka cari hotel yang dekat dengan pasar malama Wakaf Che Yeh kan? Ye lah, sopping banyak-banyak seksa pulak nak jalan jauh. Ni Cik Nor nak rekomen kat korang hotel yang memang berdekatan dengan Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Pendek kata keluar jer pintu hotel dan jalan beberapa langkah jer dah masuk kawasan pasar malam. Syok tak?

Teruja nak tahu lebih lanjut la tu kan?  Ridel Boutique Hotel adalah tempat penginapan bajet tapi setaraf hotel yang berbintang-bintang tau. Sesiapa yang pernah menginap di sini memang rekomen lah kat orang lain. Hotel dah la betul-betul berhampiran kawasan pasar malam Wakaf Che Yeh,, nak cari tempat makan pun mudah. Mana taknya boleh katakan sekeliling hotel ni ada tempat makan. Tak perlu bazirkan petrol nak pergi makan tempat yang jauh. Jalan kaki pun dah boleh sampai.

Paling syoknya hotel ni parking dia depan hotel, bila pasar malam dah nak buka korang tak perlu alihkan kenderaan korang. Kalau tempat lain pasti kena alihkan. Kadar bayaran parking untuk satu malam pun murah bebenor, cuma RM2.00/ per malam kalau nak dibandingkan dengan hotel-hotel lain yang mengenakan cas RM5.00/per malam.

Nampak macam hotel ni terletak kawasan sesak tapi tidak sebenarnya. Ia sebenarnya terletak ditengah-tengah Kota Bharu. Kawasan yang strategik kerana terdapat banyak laluan alternatif yang akan melancarkan perjalanan ke tempat lain. Tidak la korang asyik terperangkap dalam kesesakan jer kan. Dengan kata lain, hotel ini mempunyai daya tarikan tersendiri kerana segala kemudahan yang korang mahukan seperti kemudahan mesin ATM, stesyen petrol, tempat makan 24 jam dan pelbagai lagi ada disekitar hotel.

Asyik bercerita tentang kawasan luar hotel jer, jom kita  tengok kawasan dalam hotel sebelum masuk bilik.

Kaunter Pendaftaran

Lobi

Laluan Ke Bilik

Kafetaria

Dah habis melawat sekitar sebelum masuk bilik, jom kita terjah pula satu persatu bilik yang ada kat sini.

Deluxe Queen Room

Deluxe Twin Room

Standard Queen Room

Standard Twin Room

Suite Family Room

Suite Triple Room

Sebelum terlupa, hotel ini dilengkapi dengan wifi, penghawa dingin, sarapan pagi percuma, mesra OKU, mesra kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Tunggu apa lagi, cepat-cepat la booking sekarang. Harga buat masaa sekarang ni antara RM120-RM190 jer tau. Rugi kalau tak grab. Untuk maklumat lanjut jangan lupa hubungi :

Whatsapp : https://wa.me/c/60139024492

Facebook : https://web.facebook.com/ridelboutiquehotel/?_rdc=1&_rdr

Tel : 09-7434888 / 019-9320773

Alamat : Pt 760, Blok H, Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh , Kota Bharu, Kelantan

3 comments:

  1. Nanti kita nak holiday ke Kelantan, ada rezeki boleh ziarah ciknor.

    ReplyDelete
  2. Teringin sanagt nak explore Kwlantan...bila la boleh merentas ni

    ReplyDelete
  3. Lama tak ke kelantan.. teringin nak ke sana

    ReplyDelete