Breaking News

Resepi Pulut Pagi Kelantan

 

Assalamualaikum..

Lama dah rasanya Cik Nor tak kongsi resepi campak-campak Cik Nor. Hari terasa macam rajin pulak nak kongsi resepi mudah, pasti korang teringin nak buat. Resepi pulut pagi Kelantan.Tak tahulah korang biasa makan ke tak?Tapi tak perlu hairan sekarang sebab makanan negeri Kelantan ada kat mana-mana jer sekarang. Antara sedap dan tak sedap jer rasanya. hehe

Jom kita tengok apa bahan-bahan,

Bahan-bahannya :

1. 1 kg beras pulut ( direndam semalaman)

2. 3 ketul gula melaka dicairkan dengan 2 cawan air

3. Sebiji kelapa parut

4. Garam untuk digaul dengan kelapa

Cara-caranya:

1. Kukus pulut yang direndam semalam itu lebih kurang 30 minit atau sehingga masak

2. Setelah pulut masak, angkat dan gaulkan dengan gula melaka yang telah dicairkan tadi. Kalau sehingga sekata dan kukus sekali lagi.

3. Kukus kali ke 2 ni tak lama, lebih kurang 15-20 minit sahaja sebab pulut dah masak. Tujuan kukus kali ke 2 ni untuk sebatikan pulut dan air gula melaka supaya meresap ke dalam pulut.

4. Dah masak boleh hidangkan bersama kelapa muda yang telah diparut dan digaulkan dengan garam secukup rasa. Ada sesetengah tempat dioarang macam dengan kacang merah yang direbus sehingga empuk dan dicampur gula sehinnga terjadinya macam inti kacang merah.

Selamat mencuba.

Baca juga : Resepi Pengat Nangka

6 comments:

  1. sy x igt laa sama ada penah mkn atau tidak sepanjang sy duduk kota bharu dulu... haihhh

    ReplyDelete
  2. Macam pernah makan pulut ni. Dia manis2 sebab ada gula melaka. Kalau kat Kelantan memang banyak betul breakfast tradisional macam ni kan?

    ReplyDelete
  3. hok ni pun sedap gak. cuma abe kie lebih suka pulut gaul nyiur make dgn ike kering, esp masa banjir....kena pulak air kopi O...perrghhh!

    ReplyDelete
  4. Kalau yg asli Kelantan saya belum pernah coba lagi. Tapi kue pulut ketan pakai taburan kelapa seperti di atas, sering ada tiap jamuan nikah ataupun perayaan syukuran di kampung saya kak.

    Saya penasaran nak coba yg Kelantan punya 👍. Belum pernah main ke sana, biasanya kalo ke Malaysia selalunya hanya KL, penang dan Melaka 😅

    ReplyDelete
  5. x penah makan pulut pagi kelantan ni..

    ReplyDelete