Alkisah PRN Kelantan
Assalamualaikum..
Walaupun PRN sudah berlalu beberapa hari tapi tetap nak jugak abadikan kat sini. hehe..Mana tahu lepas ni nak balik balik ke. Arghh..rajin nau. Pukul berapa Cik Nor pergi mengundi? Pagi? Tak adanya nak g awal-awal, banyak lagi kerja lain nak kena settle kat rumah. Lagipun tempat mengundi tu tutup pukul 5 petang. Jarak dari rumah ke tempat mengundi bukan jauh nau. 5 minit pun dah sampai. hehe
Pagi Cik Nor pergi mana? Pergi pasarlah dulu, buka peti sejuk tengok tempat lauk dah kosong. Adeii nak makan lauk apa kalau pergi mengundi dulu. Start enjin kereta pergi pasar cari apa yang patut. Balik tu tu terus ready nak masak lunch. Cadangan nak pergi mengundi lepas zohor dan tunggu adik dari Pasir Putih balik dulu. Dia masih mengundi di Machang walaupun sudah menetap di Pasir Puteh.
Dah siap masak, masak simple jer sebab petang kami semua nak makan nasi ayam. Home made je nasi ayamnya. Kakak Cik Nor yang masak. Bahan-bahan nak masak nasi ayam Cik Nor yang belanja. Lebih kurang pukul 2.30 petang kot Cik Nor bertolak ke tempat mengundi. Cik Nor, adik-adik dan mak satu kereta. Anak buah yang tolong hantar masuk dalam sebab mak dah warga emas. Nak jalan jauh dah tak larat sangat.
Kami pun ambik kesempatan malas nak jalan jauh, panas berdeting ni.haha. Ingatkan pergi lepas zohor dah tak ramai orang. Sebab tahun lepas pergi lepas zohor jugak tak ada orang dan tak perlu beratur. Tahun ni kena beraturlah jugak sekejap. Dalam beratur tu sempat jumpa kawan sekolah, satu kampung tapi jarang jumpa.haha. Dia kerja, Cik Nor goyang kaki. Bila masa nak jumpanya.haha
Tak lama pun pergi mengundi, rasanya 10 minit dah settle. Dengar kata tahun ni ramai tak keluar mengundi? Kenapa ye? Cik Nor keluar jer sebab tanggungjawab kan. Keputusan pun dah tahu dan Menteri Besar pun dah di lantik. Tunaikan tanggungjawab korang semua wahai YB2 yang dilantik. Menjaga amanah tu penting, Esok2 kita menjawab sendiri kat SANA.
Anies tanya cuaca masa PRN tu. Alhamdulillah, panas elok. Sepanas kempen PRN.haha
Baca juga : Kenangan PRU 15
tahniah sebab telah mengundi
ReplyDeleteSamala ciknor, saya pun tak pergi pagi. Pegi tengahari waktu panas2 buta, saluran saya takde orang langsung 🤣 macam masa PRU tahun lepas datang pagi2, beratur sejam lebih. Kalini memang kurang kot orang keluar mengundi
ReplyDeletenieyl pun sama tak pergi undi awal2 hehe...
ReplyDeletelewat2 sikit settelkan apa yg patut dlu dkt umah..
abe kie teruja nak mengundi masa PRN tempohari sbb ini kali pertama mengundi di Tanah Merah. Sebelum ni mmg balik kg la bila pilihanraya...
ReplyDeleteTahniah kerana keluar mengundi. Saya di DUN Dengkil, Selangor.
ReplyDeletebyk sebab yg x keluar undi. sbb calon, sbb x dpt cuti, sbb kepimpinan parti, sbb protes dan byk lg.
ReplyDeletealhamdulillah cuaca elok👍
tahniah menjalankan tanggungjawab cik nor..masa mengundi tahun lepas, saluran yang saya kena undi, beratur panjang..dekat sejam berdiri..jenuh..tapi demi tanggungjawab, tetap mengundi jugak...
ReplyDelete