Faktor Penyebab Pendarahan Otak
Dalam istilah perubatan, pendarahan otak dikenali sebagai pendarahan intrakranial. Ia merupakan keadaan kecemasan yang memerlukan rawatan segera.
Secara anatomi, tempurung kepala berfungsi untuk melindungi otak. Otak pula mempunyai 3 lapisan dalam yang utama iaitu:
- Pia mater (lapisan dalam)
- Arachnoid mater(lapisan tengah)
- Dura mater (lapisan luar)
Ketiga-tiga lapisan ini mempunyai peranan sebagai perlindungan kepada otak. Pendarahan otak berlaku apabila terdapat kecederaan di kepala ataupun tekanan darah yang terlalu tinggi hingga memecahkan saluran darah di bahagian otak. Saluran darah yang pecah ini disebut sebagai strok berdarah.
Penekanan struktur otak oleh darah berlebihan ini akan mengakibatkan oksigen tidak dapat mengalir ke otak dan menyebabkan otak membengkak (cerebral edema).
Selain itu, darah yang terkumpul di bahagian otak juga boleh menjadi beku (hematoma). Jika tidak dirawat dengan cepat, ia boleh menyebabkan kematian.
Jenis Pendarahan otak
Terdapat 3 jenis utama lokasi pendarahan otak, bergantung kepada lapisan otak yang terlibat.
- Pendarahan epidural(extradural): Pendarahan antara tempurung kepala dan lapisan dura mater
- Pendarahan subdural: Pendarahan antara dura mater dan arachnoid mater
- Pendarahan subarachnoid: Pendarahan antara membran arachnoid dan pia mater
Punca Pendarahan Otak
Beberapa faktor boleh menyebabkan pendarahan otak termasuklah:
1. Kecederaan di bahagian kepala
Kecederaan adalah penyebab yang paling biasa bagi mereka yang berumur kurang dari 50 tahun.
2. Aneurysm (dinding saluran darah di otak yang lemah)
Dinding saluran darah yang lemah boleh membengkak dan pecah sehingga menyebabkan pendarahan otak.
3. Tekanan darah yang terlalu tinggi
Tekanan darah tinggi kronik yang tidak dirawat boleh melemahkan saluran darah dan meningkatkan risiko saluran darah pecah.
4. Anomali saluran darah
(Arteriovenous Malformations) kelemahan pada saluran darah di dalam dan di sekitar otak boleh muncul semasa lahir dan di diagnos hanya jika simptom timbul.
5. Penyakit darah (bleeding disorders)
Hemofilia dan Sickle cell anemia sama-sama menyumbang kepada penurunan kadar platelet darah yang boleh menyebabkan pembekuan darah.
6. Penyakit hati
Hati yang gagal tidak dapat mengeluarkan faktor pembekuan yang mencukupi bagi membantu darah untuk membeku. Kekurangan faktor pebekuan ini menyebabkan pendarahan berlaku dengan lebih mudah berbanding normal.
7. Kanser otak
Pendarahan disebabkan oleh kanser otak jarang berlaku, tetapi risiko untuk berlaku pendarahan masih ada.
8. Pengambilan ubat terlarang seperti dadah
Simptom Pendarahan Otak
Pendarahan otak boleh menyebabkan pelbagai simptom yang berbeza. Tanda yang paling biasa adalah seperti:
- Kaki, tangan dan muka rasa kesemutan, lemah, kebas atau lumpuh secara tiba-tiba.
- Rasa ini yang berlaku pada satu belah bahagian sama ada kiri atau kanan
Simptom lain termasuklah:
- Sakit kepala secara tiba-tiba dan teruk
- Loya atau muntah
- Sukar menelan
- Perubahan dalam penglihatan
- Hilang keseimbangan atau koordinasi
- Keliru atau sukar untuk memahami pertuturan
- Sukar bercakap atau ucapan menjadi tidak jelas
- Lesu
- Tidak sedarkan diri
- Sawan
Penyakit lain yang berkaitan
Perlu di ingat bahawa simptom-simptom di atas juga boleh berlaku disebabkan oleh keadaan selain pendarahan otak seperti:
- Migrain
- Transient Ischemic Attact (mini strok)
- Strok iskemia
- Kanser otak
- Meningitis
- Nanah otak (brain abscess)
- Cerebral venous thrombosis
- Hypoglycemia (kekurangan gula dalam darah)
thanls for sharing cik nor. lazim yg mengalami pendarahan otak ni jangka hayat mmg x lama... sedih kan?
ReplyDeletebanyak rupanya penyebab pendarahan otak ni, selalu nieyl dengar tekanan darah tinggi
ReplyDeleteBetul..banyak penyebab pendarahan otak, bukan sebab darah tinggi semata..sama- sama kita jaga kesihatan kita ok..jangan stress2
ReplyDelete