Breaking News

Sinopsis Drama Rajuk Karina

 

Sinopsis Rajuk Karina

Karina (Siti Hariesa) dan Mizan (Yusuf Bahrin) adalah sepupu dan mereka tidak pernah berenggang. Begitu juga hubungan keluarga besar mereka seolah-olah tiada batas dua keluarga. Mizan juga melayan Karina seperti adik sendiri dan boleh dilihat kasih sayangnya pada Karina melebihi adik kandungnya. Namun, penerimaan Karina terhadap layanan Mizan itu tidak sama dengan apa yang dirasai oleh Mizan.

Saiful (Nazim Othman) pula adalah seorang pengajar di Kolej Kart’s yang merupakan milik keluarga Karina. Saiful sudah lama tertarik dengan Karina. Status mereka yang sejauh langit dan bumi itu membuatkan Saiful tercabar untuk memulakan langkah berkenalan dengan Karina.

Pada awalnya, Karina tidak menerima Saiful tetapi Saiful berjaya memikat hati Karina atas kesungguhannya. Tambahan pula, Karina kecewa dengan keputusan Mizan yang menolak cadangan Opah untuk menikahi Karina. Jadi, Karina tekad menerima lamaran Saiful dan melupakan tentang perasaannya terhadap Mizan.

Kehidupannya selepas bernikah dengan Saiful tidak seindah yang disangkakan. Sikap Saiful dan ibu mertuanya yang kejam dan menggunakan hartanya untuk berbelanja membuat Karina derita dan merindukan kehidupan asalnya. Kehadiran orang ketiga yang merancangkan kejatuhan rumahtangga Karina kemudian membuatkan dia tekad untuk bangkit melawan nasibnya.

Dapatkah Karina mempertahankan rumah tangganya? Bolehkah dia bangkit semula dan cari kebahagiaan yang diimpikan?

Lakonan : Siti Hariesa sebagai Karina, Yusuf Bahrin sebagai Mizan, Nazim Othman sebagai Saiful, Puteri Aishah sebagai Anum, Eryna Nur Syifaa sebagai Batrisya, Anne Abdullah sebagai Asmah, Shweta Sekhon sebagai Jasmine, Zainol Ismail sebagai Pak Mud, Sera Melissa sebagai Syakila, Fara Nadiah sebagai Shidah, Rahim Omar sebagai Dato Kahar, Ainina Ahmad sebagai Milah, Zarina Zainuddin, Abd Manan Sulaiman, Haidar Hasanudin sebagai Daniel, Neera Azizi sebagai Balqish


3 comments:

  1. Dah tak tengk drama sangat,,
    fokus on laptop je.. hahaa

    ReplyDelete
  2. tak follow cerita ni tapi ada tgk lah sikit-sikit...okey ar jln citer dia , x suka watak nazim & mak dia tu.

    ReplyDelete
  3. tengok gitu-gitu je sebab tak kenal heroin tu hehehe

    ReplyDelete