Breaking News

Sinopsis Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan



Sinopsis Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan

Memaparkan perit jerih kehidupan seorang gadis yang bernama Larasati Aisya (Janna Nick). Dia yang juga dikenali sebagai Lara atau Puteri sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dek rasa benci dan nasib malang.

Pemergian bapanya menyebabkan dia terpaksa berhenti seketika daripada pelajarannya. Tugas menguruskan perniagaan yang ditinggalkan arwah bapanya menjadi tanggungjawabnya. Perkahwinan abangnya, Lukman (Shah Iskandar) dengan Sabrina (Afifah Nasir) ternyata membangkitkan masalah bagi Lara. Dia tidak sebulu dengan Sabrina.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Sabrina yang turut bekerja di syarikat perniagaan Lara bertindak membawa saudara maranya masuk bekerja di situ. Dugaan hidup Lara bertambah perit dengan pemergian seorang lagi insan yang tersayang. Ibarat jatuh ditimpa tangga pula, fitnah jahat serta kehadiran Farah (Niena Baharun) turut mengganggu perhubungan Lara dengan suaminya, Zafir (Hisyam Hamid).

Barisan Pelakon : Janna Nick sebagai Larasati Aisya, Hisyam Hamid sebagai Zafir, Amar Baharin sebagai Zakuan, Niena Baharun sebagai Farah, Afifah Nasir sebagai Sabrina, Shah Iskandar sebagai Lukman, Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza

2 comments:

  1. Lama dah tak tengok drama Melayu, banyak betul konflik cerita ni ya

    ReplyDelete
  2. x penah tgk tp novelnya sy dah baca duluuuuuu ms zmn study hehehe... novel.plg tebal di malaysia ms tu. skrg x tau laa novel mn yg dah diambil alih 'takhta' tu

    alfatihah buat arwah liyana afiera malik

    ReplyDelete