Breaking News

9 Adab Ketika Menghadiri Rumah Terbuka

 

Sumber Google

Assalamualaikum..

Raya kana sebulan, selagi belum habis bulan Syawal mesti ramai lagi yang ingin membuat rumah terbuka. Pergi rumah terbuka memang best tapi kena ingat adab-adab ketika menghadiri rumah terbuka. Meh Cik Nor kongsi adab-adab ketika menghadiri rumah terbuka supaya kita tidak leka dan lalai yang kita ini tetamu mereka,

  1. Betulkan Niat Dan Tujuan

Memenuhi undangan adalah baik dalam kehidupan bermasyarakat kerana dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim, saling bermaaf-maafan sesama rakan, jiran dan keluarga. Hindari daripada menghadiri majlis tersebut dengan niat dan tujuan tersembunyi seperti untuk menonjolkan diri dengan menunjuk-nunjuk dan memperagakan pakaian cantik atau barangan kemas dan mahal yang dipakai. Jagalah niat dan iman agar tidak terpesong.


  1. Mematuhi Masa

Masa amat penting dimana kita harus tahu waktu Majlis Rumah Terbuka tersebut diadakan. Maka hadirlah pada waktu yang tepat dan patuhilah masa yang sudah ditetapkan oleh pihak penganjur / tuan rumah. Anda perlu bertimbang rasa dan jangan pula tiba apabila tuan rumah sudah siap mengemas. Menyusahkan tuan rumah pula untuk melayan anda yang baru sampai sedangkan tuan rumah sudah kepenatan dan perlu solat dan berehat.


  1. Menjaga Aurat

Hormatilah orang di sekeliling dengan memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat bagi Muslim ketika menghadiri rumah terbuka. Golongan lelaki biasanya tiada masalah dari segi aurat, tetapi bagi perempuan hendaklah memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat, janganlah memakai pakaian yang menjolok mata sehingga mengundang perasaan tidak selesa tuan rumah dan para tetamu yang lain. Dan bagi yang bukan mahram dilarang sama sekali untuk kita bersalaman.


  1. Hormati Tuan Rumah

Ketika sampai ke majlis rumah terbuka, berilah salam kepada tuan rumah dengan penuh hormat dan mintalah izin untuk masuk ambal menghulurkan tangan kepadanya untuk bersalaman serta bertanya khabar. Begitu juga apabila pulang nanti, janganlah terus pergi begitu sahaja, bertemulah tuan rumah terlebih dahulu untuk meminta izin berundur dan bagi mengucapkan terima kasih atas jemputan dan hidangan yang disediakan serta mendoakannya supaya murah rezeki dan diberkati usia mereka sekeluarga.


  1. Menjaga Akhlak Dan Tingkah Laku

Akhlak dan tingkah laku haruslah dijaga semasa berada di majlis rumah terbuka. Sewajarnya dielakkan daripada bersikap bangga diri dan bersikap menunjuk-nunjuk, sombong, riyak, dan takabbur. Rendahkanlah suara ketika bercakap agar tidak menganggu perbualan tetamu yang lain. Di samping itu kawallah pandangan mata semasa berkunjung ke rumah terbuka. Janganlah pula melilau-lilau memandang dan meneroka rumah tuan rumah ikut sesuka hati sahaja sehingga ke bilik tidur mereka. Peliharalah diri daripada perlakuan dan tindakan yang tidak baik sewaktu menziarahi kerana perbuatan tersebut boleh mengganggu ketenteraman atau tidak disenangi oleh tuan rumah.


  1. Jaga Adab Makan

Setiap kali menghadiri rumah terbuka, pastinya disediakan pelbagai juadah. Adab makan perlu dijaga dan janganlah makan secara berlebihan. Ambil apa yang anda rasa perlu sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Ingatkan orang yang ating kemudian dan jangan suka membazir walau anda tahu banyak lagi makanan yang disediakan. Membazir itu adalah amalan syaitan. Sekiranya anda mempunyai penyakit dan alahan, makanlah makanan yang sihat dan tidak melanggar pantang.


  1. Memendekkan Tempoh Ziarah

Pendekkanlah tempoh ziarah ke rumah terbuka. Jangan duduk terlalu lama berjam-jam ketika berkunjung ke majlis tersebut hinggakan tuan rumah berasa tidak selesa lebih-lebih lagi pada hari itu ramai tetamu yang hadir dan tempat terhad.


  1. Jangan Mengata

Selepas pulang dari rumah terbuka janganlah pula mengata atau membanding-bandingkan kelebihan dan kekurangan setiap rumah yang dikunjungi. Sama ada dari segi layanan, kemewahan, perhiasan atau makanan yang dihidangkan. Namun sebagai tetamu, kita haruslah bersyukur dengan apa yang tuan rumah sediakan.


  1. Utamakan Solat

Ketika sibuk menghadiri majlis-majlis rumah terbuka, janganlah sehingga melalaikan untuk tunaikan solat. Singgahlah terlebih dahulu di masjid/surau berhampiran setelah masuk waktu solat. Usah sayangkan make-up untuk berwuduk. Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara.


Baca juga : Rumah Terbuka Cik Nor

4 comments:

  1. cik nor ada buat rumah terbuka ke? abe kie x buat pun thn ni. cuma panggil adik beradik mkn2 ckit. Malas nk berjalan lebih2 sbb x nak mkn jem. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share selamat hari raya ciknor

    ReplyDelete
  3. dtg sbg tetamu 'buta' pulang sbg tetamu 'pekak'...

    ReplyDelete
  4. Good sharing cik nor...alamak yg no.9 tu mcm terkena plak kat diri sendiri....

    ReplyDelete