Breaking News

Resepi Ketupat Palas

 


Resepi Ketupat Palas

Assalamualaikum..

Dalam entry sebelum ni Cik Nor janji nak kongsikan resepi ketupat palas yang simple untuk korang. Resepi ni memang mudah la untuk di ikuti sebab ia menggunakan cawan dan sudu sahaja. Terpulang pada korang nak buat atau tidak. Tepuk dada tanya hati rajin ke malas nak buat..haha

Jom kita tengok apa bahan-bahannya.

Bahan- bahannya : 

Beras pulut 3kg ( rendam 2-3 jam sebelum mengukus)

Santan 1kg ( untuk 3kg beras pulut - 3 cawan santan pekat + 3 cawan air)

Garam kasar ( 3 sudu penuh)

Cara membuatnya :

1. Beras pulut yang telah direndam dikukus sehingga masak. Kira-kira dalam 1/2 jam atau lebih. Sambil menunggu pulut yang dikukus masak, masukkan garam ke dalam santan dan kacau sehingga garam hancur.

2. Setelah masak masukkan dalam besen dan masukkan santan sedikit demi sedikit. Jangan lupa rasa takut termasin macam Cik Nor tempoh hari.hehe

3. Setelah santan rata dan sudah puas hati dengan rasanya bolehlah dikukus sekali lagi. Kukus kali ini tak lama. Lebih kurang 1/2 jam atau lagi cepat. Petua orang-orang lama, bila nampak wap keluar melalui tutup periuk tu dah boleh angkat.

4. Selepas wat keluar melalui penutup, masukkan kembali ke dalam besen dan kacau sehingga sekata dan biarkan ia sejuk sebelum di bungkus.

5. Sebelum membungkus sediakan air kapur supaya pulut tidak melekat pada tangan. Cik Nor tak guna sarung tangan sebab nak makan sendiri dan keluarga jer.

Selamat mencuba ya.

Baca juga : Tahun Pertama Belajar Buat Ketupat Palas Sendiri

4 comments:

  1. thn ni beli frozen. kala masa arwah mak. ada wajib buat, kita nolong je. kena yg berlemak mesti sedapp.

    ReplyDelete
  2. MA selalu beli yg frozen je kalau nak makan. dulu masa kecik2 pernah tgk makcik masak...

    ReplyDelete
  3. seumur hidup sy mmg xpenah buat ketupat palas. pertama mungkin sbb bkn tradisi. kedua ssh nk cari daun palas. tp kalau raya tu ada je yg bw or bagi ketupat palas ni. kami mkn mcm dah biasa je dgn ketupat ni😁

    ReplyDelete
  4. kalau saya, malas..hehe..beli siap je...hehe

    ReplyDelete