Sinopsis Drama Bintang
Sinopsis Drama Bintang
Iris (Ruhainies) merupakan anak kepada Pak Mahmud (Azri Iskandar) yang merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya di kampung. Pak Mahmud seorang yang amat tegas dan menitikberatkan tentang pendidikan Iris dan status keluarga mereka sehingga menyebabkan Iris jarang bergaul dengan orang kampung. Sebaliknya, Iris ikhlas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira status.
Thirak (Daniel Fong) bersekolah di sekolah menengah yang sama dengan Iris. Thirak duduk di kampung bersama ibunya, Duangphen (Ain Evon) yang ingin melihat Thirak sambung pengajiannya ke universiti. Thirak yang berketurunan Thailand, mempunyai ciri-ciri Melayu yang kuat kerana sifatnya yang sangat peramah dan pandai bergaul.
Pertemuan mereka secara beransur-ansur membibitkan perasaan cinta antara satu sama lain. Namun Mustafa (Keith Foo) juga mengejar cinta Iris. Perasaan hasad dengki timbul apabila Mustafa gagal meraih cinta Iris. Mustafa memasang niat buruk dengan memaklumkan ibu bapa Iris tentang hubungannya dengan Thirak.
Berikutan kejadian itu, Iris dihantar belajar ke luar negara dan hubungannya dengan Thirak terputus bertahun-tahun. Beberapa tahun kemudian, Iris pulang ke kampung semula apabila telah menamatkan pengajiannya di luar negara. Apakah kesudahan yang bakal berlaku pada hubungan mereka? Masih adakah sinar kedua bagi Iris dan Thirak setelah bertahun-tahun terputus hubungan?
Lakonan : Ruhainies sebagai Iris, Daniel Fong sebagai Thirak, Siti Hariesa sebagai Rayna, Keith Foo sebagai Mustafa, Azhar Sulaiman sebagai Zubir, Azri Iskandar sebagai Pak Mahmud, Haidar Hasanudin sebagai Dani, Natasha Elyzza sebagai Kamelia, Nadia Kesuma sebagai Rogayah, Ain Evon sebagai Duangphen, Nazeera Sardi sebagai Norain , Faa Zaini sebagai Melati , Zazly Baginda sebagai Majid
Badrul Muhayat sebagai Borhan, Hawa Fasha sebagai Muna
Baca juga : Sinopsis Drama Serpihan Sayang
sorry laa nmpk je muka ruhainies ni sy trs tkr channelðŸ¤
ReplyDeletesaya terjebak tgk cerita ni sbb mak follow..hehe...mula2 start ritu mmg tak tengok sbb tak minat drama melayu..bila balik kampung raya baru ni, ter follow juga sbb mak tengok..hehe..
ReplyDelete