Breaking News

Sinopsis Drama Kerasnya Takdir

 

Sinopsis Kerasnya Takdir

Intan Najiha atau lebih mesra disapa sebagai Jiha (Amyra Rosli) dibesarkan secara sederhana manakala Syed Munir (Redza Rosli) dimewahkan dengan harta. Setelah kehilangan ibu bapanya, Jiha membawa diri ke Kuala Lumpur untuk berdikari dan membuka bisnes menjual lilin, ‘Jiha’s Scent’, secara kecil-kecilan di pusat membeli belah. Berbeza pula dengan kehidupan Munir yang telah dilahirkan dengan kemewahan dan menjadi harapan meneruskan legasi keluarga oleh ibunya Syarifah Aminah (Kartina Aziz). Segala perkara tentang Munir ingin diuruskan oleh ibunya, termasuk soal jodoh untuk berkahwin dengan calon menantunya, Emilia (Mia Nasir).

Apabila sebuah insiden menemukan Munir dan Jiha dan perasaan cinta mula berkembang, Munir telah memilih untuk menjadikan Jiha isterinya walaupun perkahwinan mereka tidak direstui keluarga. Namun, kehidupan sebagai suami isteri tidak seperti yang dijangka. Kehidupan Munir dan Jiha menjadi kusut selepas Munir terlibat dalam kemalangan. Jiha juga ditimpa tuduhan yang telah membuatkan keadaan mentalnya tidak stabil selepas kehilangan Munir dan anak mereka.

Selepas 6 tahun, Jiha bertemu semula dengan Munir apabila dia terjumpa dengan anaknya yang sudah lama hilang. Adakah cinta mereka akan bertaut kembali ataupun Munir sudah meneruskan kehidupannya tanpa Jiha? Dapatkah Munir dan Jiha bertahan menempuhi kerasnya takdir mereka?

Lakonan : Amyra Rosli sebagai Intan Najiha, Redza Rosli sebagai Syed Munir, Dayang Fajra Nadifa sebagai Syarifah Saleha, Kartina Aziz sebagai Syarifah Aminah, Rita Rudaini sebagai Syarifah Mastura, Azrel Ismail sebagai Athif, Azlee Khairi sebagai Syed Murad, Ungku Hariz sebagai Nik Fazril, Natasya Mahyan sebagai Umairah, Badrul Mat sebagai Deli Jabar, Halim Radzi sebagai Farouk, Mia Nasir sebagai Syarifah Emilia, Husna Mustaffa sebagai Jijirah, Zarynn Min sebagai Kak Lela, Zurizalazuan sebagai Syed Ahmad Mansor, Masniza Manan sebagai Sharifah Hazirah, Jiha Sham sebagai Asma

3 comments:

  1. jalan ceritanya sama mcm drama.... hmm... x igt siapa pelakonnya...sy ada tertengok sekejap... ah lupalah pula!

    ReplyDelete
  2. kisah si kaya dan si miskin
    he hee samaa kebyakan drama

    ReplyDelete
  3. ada lah tengok juga sikit2 cerita ni tapi tak follow sangat...tengok gitu2 sambil nak masak..hehe...okey ar jalan cerita dia wpun agak cliche...

    ReplyDelete