Musim Scammer Datang Lagi
Assalamualaikum..
Sekarang kat mana-mana jer ada jer berita pasal scammer ni. Cuma kita kena sentiasa alert kehadiran mereka ini. Macam Cik Nor dah masak dengan scammer yang menawarkan part time job dalam talian. First time dia offer dulu memang kena tipu jugak lah. RM200++ jugak la melayang dek scammer ni. Sekarang ni dah tahu taktik kotor diaorang ni. Sebelum scammer ni scam Cik Nor awal-awal lagi Cik Nor buka langkah scam diaorang dulu.hehe
Selepas raya ni, Cik Nor dah dihubungi oleh dua orang scammer melalui whatsapp. Hari pertama dia tawarkan RM18 untuk 2 task yang kita buat. Task yang kena buat tu mudah jer, cuma kena subscribe jer link youtube yang dia bagi. Dah siap print screen tunjuk kat dia. Nanti dia bagi link advisor kita kat telegram pulak untuk pembayaran. Scammer yang kat whatsapp tu siap bagi kod yer untuk diberikan pada advisor kat telegram.
Lepas bagi kod tu advisor tu mintak nama, umur dan pekerjaan. Nanti dia add kita masuk group, dan bila dah join group tu print screen dan hantar kat dia. Dah siap tu dia mintak nama, acc.bank dan nama bank sebab dia nak buat bayaran RM18 tu. Yang ni dia tak tipu memang dapat RM18. Bila tengok kat group task baru kena bayar guna duit sendiri, memang tak lah. Ignore kan sahaja.haha
Hari ke 2 pun lebih kurang macam hari pertama jugak, tapi scammer yang berbeza. Yang dia diatawarkan RM 15 untuk 2 task. Task dia lebih kurang sama jugak, cuma like link youtube yang dia bagi. Dah siap print screen hantar kat dia. Nanti dia akan bagi link receptionist dan lebih kurang sama kena bagi kod kat receptionist untuk claim RM15. Yang ni pun dapat. Lepas dah masuk group dia suruh kita buat lima task, nanti dia bayar RM50. Task dia mudah sahaja cuma subscribes link youtube yang dia bagi.
Bila dah siap 5 task tu print screen bagi kat dia, sama gak dia mintak nama, no.acc dan nama bank. Yang ni pun dapat bayaran. hehe. Untuk task ke 6 yang masih belum Cik Nor buat ialah menggunakan duit kita sendiri. Task ini memang Cik Nor tak akan buat. Tunggu masa nak block dan left group kat telegram tu. haha
Korang kalau dapat whatsapp macam Cik Nor cerita kat atas tu hati-hati yer. Cik Nor ni dalam dah masak dengan scammer ni setiap masa check account takut dia sedut balik duit yang dia bagi kat kita tu.huhu. Masak kita, bukan duit dia sahaja yang dia sedut dengan duit-duit kita sekali dia sedut. Jangan sesekali bagi no.kad bank dan 3 no pin belakang tu kat orang tau.
Itu sahaja cerita Cik Nor lepas raya ni..hehe
Baca juga : Aku Scam Scammer Lagi
Macam-macam kes scammer ni ya ialah mula-mula dia bagi kita syiok dapat duit kalau terpedaya dan tamak that's it habis dia sakau duit kita pulak. Moga dijauhkan
ReplyDeleteSampai sekarang aku pelik! pihak berkuasa atau cyber sekuriti masih tak dapat tangkap penjahat scammers ni, susah sangat ke nak tangkap? dah lebih rm 5 bilion rugi disebabkan scammers ni!
ReplyDeletemcm2 sekarang ni kan....
ReplyDeleteso far x prnah dpt WA mcm cik nor ckp tu. biasa kalau muncul mesej2 pelik sy delete trs. kdg baca pun x
ReplyDeleteMacam-macam ya jenis manusia
ReplyDeletemacam2 cara orang nak cari duit cara senang. padan muka dia, sebelum dia kena kan cik nor, cik nor kena kan dia dulu...rase kan ler...hehe...
ReplyDelete