Breaking News

Bila Cik Nor Serabut Tengok Baju Penuh Almari


gambar google

Assalamualaikum..

Alkisahnya macam ni, setiap kali nak masukkan baju yang berpenyakut dalam almari mesti berpeluh nak masukkan sebab baju penuh dan padat. Yang dah padat kalau masukkan memang makin padatlah. Jenuh jugak fikir macam mana nak buat sebab kebanyakan baju-baju yang ada dalam almari tu dah lama tak pakai sebab dah tak muat. Almaklum lah tuan badan dah kembang setaman sekebun bunga.

Lama juga cari solusinya, nak buang ke mana baju-baju ni. Nak bakar sayang sebab masih elok dan cantik. Baju-baju kuruing masa zaman kerja dulu memang banyaklah. Setiap minggu memang akan tukar baju yang berbeza. Tak hairan lah kalau baju kurung Cik Nor akan penuh almari.  Nak pergi hantar dekat pusat pusat sedekah memang tak ada masa la. Last sekali scroll kat facebook.

Cik Nor jumpa group sedekah, buat iklan dalam group tu. Sesiapa yang nak baju-baju terpakai hanya bayar duit pos sahaja. Alhamdulillah..niat Cik Nor nak sedekah baju-baju lama ni Allah permudahkan. Lebih 30 pasang baju Cik Nor ada orang ambil. Diorang cuma bayar kos pos sahaja.

Begitu juga dengan tudung, dah banyak berkurang dalam almari. Masih banyak lagi baju yang Cik Nor nak sedekahkan tapi ramai pulak yang memilih, tak nak design lama. Aduh ada jugak macam tu. Orang nak bagi sedekah pun nak memilih jugak ke? Cik Nor dah pilih awal-awal baju yang bagi sedekah kat orang, tak ada koyak, zip elok dan baju-baju tu tak berbulu. Yang teruk-teruk Cik Nor buat kain buruk jer.

Sekarang ni masih lagi mencari penerima untuk baju-baju kurung bersaiz L. Harap-harap ada lah yang sudi terima baju-baju kuruing preloved Cik Nor ni. InsyaAllah..aamiin.

Baca juga : Bila Cik Nor Spring Cleaning Bilik Sendiri                                                                         

8 comments:

  1. Sy sebelum raya hari tu sedekah kat org jugak cik nor.. sy siap matchingkan sekali dgn tudung... hantar kat kampung nnt org pilih... mcm thn lepas seronok diorang x perlu shopping baju raya... happy jer dgr bila org ckp mcm tu

    ReplyDelete
  2. MA pun byk baju....but semuanya masih pakai la
    yg x pakai memang MA pack sedekah kan je ... same goes to baju anak2..

    ReplyDelete
  3. betul tu serabut tgk
    ciknur baru je clearkan , walau sayang tp kalau x pakai baik letgo je lah he hee xyah fikir2

    ReplyDelete
  4. kt kg sy ada org buka tempat derma baju. sy rs diorg buat bisnes bundle kot. sbb bla lalu je kdg baju byk ldg tak de lgsg...

    yg elok lg tu acu jual.kat carousel

    ReplyDelete
  5. bawa mari ke sek abe kie je la. masa ramadhan lps mmg kami cikgu2 bagi baju terpakai kpd murid2 B40...

    ReplyDelete
  6. kita sama Cik Nor, bila nak letak baju yang baru berlipat dalam almari, berpeluh nak cari ruang yang boleh selitkan sebab byk sgt baju. Ada yang elok tapi tak boleh pakai sebab macam kes cik nor juga, badan agak berkembang sikit..hehe..so tak tau nak letak kat mana baju2 lama..ada baper kali juga lah, saya buang gitu je pdhal elok lagi...

    ReplyDelete
  7. Sy pun mcm tu jugak sedekah kan je baju tak dipakai dh. Pilih yg masih elok lg la baju2 nk bagi tu. Handbag pun sy sedekahkan juga

    ReplyDelete
  8. Boleh jual di Shoppee dengan hatga tak masuk akal...tapi banyak kerja sikit sebab urusan pos mengepos yu

    ReplyDelete